7 PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN KHAS UNTUK PASANGAN BARU BERKAHWIN

by - April 14, 2020

7 PANDUAN PENGURUSAN KEWANGAN KHAS UNTUK PASANGAN BARU BERKAHWIN | Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Musim-musim PKP ni susah kita nak keluar kan. Jadinya, Nurul pun ada lah juga masa lapang untuk sharing dengan korang ni. Dan jangan lupa stay safe ya ^^


Tak kira lah dalam apa jua keadaan, kalau kita ada ilmu, In Sha Allah kita boleh uruskan sesuatu perkara tu dengan lebih efektif kan. Terutama sekali kalau dalam bab kewangan. Bab kewangan ni sebenarnya adalah perkara yang agak sensitif dan kita tidak sepatutnya pandang enteng dengan perkara ini.

Jadi, kali ini Nurul nak share dengan korang pengurusan kewangan kepada pasangan yang baru berkahwin di luar sana. Sila uruskan kewangan korang selepas berkahwin supaya tidak ada lah rasa sesak nafas di awal perkahwinan.



Kalau korang jenis pandai uruskan kewangan, tidak kira lah gaji korang tu kecil ataupun besar, korang pasti akan mampu untuk menyimpan. Iya, kewangan yang cantik adalah bilamana kita mampu untuk menyimpan dan juga melabur.

Korang kena ingat bahawa tindakan kewangan korang yang sekarang ini akan bagi kesan yang sangat besar dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang.

“Tapi Nurul, macam mana nak uruskan kewangan. Saya tak berapa pandai lah.”

Tak apa, tak pandai lah kita belajar daripada awal. Jom Nurul share dengan korang 7 panduan pengurusan kewangan khas untuk pasangan yang baru berkahwin tu.


1. MERANGKA, MEREKOD DAN ANALISA PERBELANJAAN

Bila korang dah berkeluarga ni, memang secara automatik akan banyak duit yang kena pakai. Jadi, korang kena lah ada bajet kewangan yang mantap untuk kos keperluan pada setiap bulan. Contoh macam korang adalah ketua keluarga, banyak mulut yang korang kena suap setiap bulan. Sebab itu lah bajet tu sangat penting.

Penting untuk korang merekod semua perbelanjaan keluarga. Semua ya ! Kalau korang malas sekalipun, catat lah segala belanja yang korang dah buat. Dengan cara ini, baru lah korang tahu duit tu mengalir dekat mana. Ini tidak, tahu-tahu je duit dah habis tak tahu ke mana. 

Even kalau korang nak beli barang tu, listkan dulu barang apa yang korang perlu. Bukan ikut kehendak. Nanti tak ada lah korang pi borong satu pasaraya tu kan. Elehhh ! Macam lah Nurul tak tahu. Hehehe.

Bila korang dah sentiasa catat perbelanjaan korang setiap bulan, baru lah korang dapat mengesan dan menganalisa cara korang berbelanja. 

Zaman sekarang ni semua handphone je kan. Banyak aje aplikasi yang korang boleh gunakan seperti Money Manager, Spending Tracker ataupun malas sangat, buat je group whatsapp yang ada korang dengan pasangan untuk track semua perbelanjaan. 

Bila korang dah biasa buat benda ni, korang akan rasa best sebab kewangan korang pun terjaga.


2. MEMBUAT TABUNG ATAU PECAHAN KEPERLUAN

Daripada pendapatan keluarga, eloklah korang merancang semua kos keperluan hidup dan perlu korang bincangkan bersama dengan pasangan. Biar dua-dua ada kata sepakat. Contoh kategori yang korang boleh buat adalah :-

  • Barang dapur
  • Belanja makan
  • Ansuran rumah
  • Ansuran kereta
  • Kos bil air dan elektrik
  • Hiburan
  • Perlindungan takaful
  • Tabung simpanan
  • Tabung pelaburan
  • Tabung pendidikan anak-anak
  • Tabung kecemasan
  • Tabung percutian
  • Tabung persaraan

Ni adalah contoh je. Ikut pada kesesuaian korang. Korang achieve satu-satu kategori tu. Setiap tahun jangan tambah hutang jahat tapi tambah hutang baik. Tabungan kecemasan ni sangat penting kalau terjadi apa-apa yang di luar jangkaan korang. Sebab pada saat ini tunai amatlah penting.

Paling baik biarlah korang simpan tabung kecemasan ni 3 hingga 6 bulan daripada gaji korang. Simpanlah dalam tabung haji ataupun asb.


3. MENYIMPAN DAN MELABUR

Bila korang dapat je gaji tu, simpan dulu sebahagian. Paling minimum adalah 10% daripada gaji. Kalau korang dapat simpan 50% daripada gaji pun sangat digalakkan.

Biasanya korang berbelanja dulu kan, dan lebihan tu baru korang simpan. Lepas ni korang simpan dulu baru berbelanja. Kalau tak dapat simpan banyak pun tak apa. RM100 sebulan pun dah okay sangat. Lebih baik ada daripada tak ada.

Mulakan dengan melabur di platform yang selamat dan diiktiraf contohnya seperti ASB, unit amanah, hartanah, emas dan sebagainya.


4. PERLINDUNGAN TAKAFUL

Perkara ni ramai yang tak nampak kepentingannya sebab benda tak jadi lagi kan. Tapi lindungilah keluarga korang dengan takaful. Banyak sangat takaful yang bagus dekat luar sana. Biarlah kita tak subscribe macam-macam hiburan asalkan korang ada perlindungan takaful. Yang ni sangat penting.


5. PENDAPATAN SAMPINGAN

Kalau korang rasa duit perbelanjaan korang sentiasa tak cukup, tak apa. Ni disebabkan korang perlukan sumber pendapatan sampingan untuk tambahkan kewangan keluarga.

Cuba cari pendapatan sampingan yang halal dan tidak salah di sisi undang-undang. Tapi sila pastikan korang seimbangkan juga dan luangkan masa dengan keluarga. Jangan sibuk bekerja tapi keluarga terabai. Jangan ye.


6. HINDARI HUTANG JAHAT

Bila korang dah bekerluarga, banyak benda nak gunakan duit. Nak beli katil la, almari, barang dapur semua. Ingat ! Jangan sesekali korang berhutang ataupun mencipta hutang jahat. Kumpul duit dan beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran. Korang pun tak rasa terbeban.

Hutang jahat ni adalah hutang yang korang kena bayar setiap bulan tapi tak jana pulangan untuk keuntungan korang.

Contoh hutang jahat adalah hutang peribadi, hutang kereta jika ansuran bulanan melebihi separuh gaji ataupun hutang kad kredit yang berlambak !


7. KAD KREDIT CUKUP SATU

Kalau pasangan korang ada 2 kad kredit, korang pun ada satu. Bila dah kahwin tu tutup semua kad kredit yang ada. Biar tinggal satu sahaja tau.

Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak pun guna kad kredit tu sahaja. Senang korang nak uruskan kewangan dan jaga kewangan korang. Kalau korang jenis yang boros sangat, tak payah ada kad kredit langsung pun bagus sangat.


Gaya hidup yang suka sangat bermewah dan suka berlakon kaya ni eloklah korang buang jauh-jauh. Sebab benda ni tak akan ke mana pun. Lagi-lagi korang yang dah berumah tangga. Banyak lagi benda yang korang boleh buat daripada memboros ni.

Sekarang memang lah tak nampak kesannya. Tunggu korang 35 tahun ke atas, masa tu memang korang akan banyak nak guna duit dan baru nampak kenapa kita kena standby daripada awal. Dan masa tu lah korang akan rasa terhimpit dan terbeban.

Utamakan keperluan asas dulu baru korang kejar kehendak. Educate pasangan korang macam tu juga. Mulakan urus kewangan dengan baik. Tak apa kalau suami isteri baru nak belajar tentang kewangan. Lebih elok daripada korang terus leka.

Semoga bermanfaat ! ^^


You May Also Like

0 Comments