TIADA SIMPANAN WALAUPUN RM1,000? IKUTI PANDUAN INI

by - March 26, 2020

3/4 RAKYAT MALAYSIA TIDAK ADA SIMPANAN KECEMASAN WALAUPUN RM1,000? | Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Okay, kali ni topik yang agak panas. Hahaha.


Ayat yang tertera dekat atas itu, tidak terbit sekadar suka-suka tau. Malah ini adalah fakta berasaskan daripada kajian yang telah dilakukan.

Korang bayangkan ye. 75% rakyat Malaysia susah nak menyimpan walaupun RM1,000 untuk simpanan kecemasan. Hanya 25% je yang terselamat. Jadi 75% tu nak buat apa? Tak akan tak nak buat simpanan kecemasan? Hati-hati okay. Kewangan awak dalam bahaya.


Vaksin yang utama dalam masalah ini adalah kesedaran awal. Kesedaran awal ni sangat penting dalam diri masing-masing supaya ramai anak muda bersedia dalam bab untuk menyimpan dan mengukuhkan lagi kewangan. Kalau tak nak susah di kemudian hari, ini yang wajib korang buat.

Dah baca tu, terus buat. Jangan bertangguh lagi !




Nak kena simpan 20%, 30% atau 60% sebulan ?

Kajian mengatakan 3 daripada 4 rakyat Malaysia sangat sukar untuk menyimpan walaupun hanya RM1,000 sebagai dana kecemasan. Actually ramai sangat-sangat yang datang dekat Nurul bagitahu mereka langsung tak ada simpanan walaupun hanya RM1,000.

Allahu. Sangat risau tengok anak muda zaman sekarang. Sampai bila tak nak buat sedangkan awak sendiri dah ada income bulanan. Kenapa degil sangat tak nak buat simpanan?

Berapa peratus (%) duit yang kita kena asingkan untuk menyimpan setiap bulan?


Ada yang sarankan untuk simpan 20% dari jumlah pendapatan. Ada juga yang kata perlu simpan 30% dan ada juga berpendapat kena simpan sehingga 60% dari gaji bulanan. Jadi, mana satu yang kita nak ikut?

Nurul yakin dan percaya, setiap orang mesti ada jumlah simpanan yang berbeza-beza kan. Bergantung juga pada jumlah pendapatan dan komitmen masing-masing. Apa pun yang sangat penting, korang kena mulakan daripada sekarang untuk dapatkan jumlah simpanan yang tinggi.

Nurul juga akui, menyimpan ini adalah satu aktiviti yang membosankan. Tetapi bosan disebabkan korang tak faham apa hala tuju korang. Cuba korang tetapkan matlamat menyimpan tu, pasti korang pun seronok.


Jom Nurul share 5 tempat terbaik untuk anak muda zaman sekarang bermula untuk membuat simpanan kecemasan.


#1 : Simpanan "paksaan" paling senang korang boleh buat?

Daftar ASB Online (My ASNB)

1. Bawa IC ke pejabat ASN atau ejen ASNB yang terdekat.
2. Masukkan IC dan verify cap jari.
3. Kemaskini nombor telefon dan email. 
4. Tick untuk terima penyata online. Hantar.
5. Kemudian lawat website : www.myasnb.com.my
6. Klik 'daftar sini'.
7. Isikan apa yang diminta. Sistem akan hantar no TAC ke handphone dan buat verification.
8. Lepas tu akaun korang sedia untuk di semak secara online.

Ini tips kalau korang buat simpanan dalam ASB.

1. Tetapkan matlamat pelaburan ASB

Antara contoh matlamat yang korang boleh tetapkan untuk simpan dalam ASB adalah seperti :-

  • Untuk membeli rumah.
  • Untuk perbelanjaan kahwin.
  • Sebagai tabung untuk melancong ke luar negara.

2. Tahu beza antara pelaburan dan pinjaman ASB

Korang kena tahu beza antara force savings (simpanan paksaan) dan simpanan ASB. Atau dengan kata mudah adalah ASB Biasa dan ASB Financing.


3. Pelaburan ikut kemampuan

Bila gunakan ASB sebagai alat simpanan korang, kita sendiri yang boleh tentukan sendiri komitmen bulanan. Sebab kita je yang tahu pendapatan dan komitmen kita macam mana.

Nurul bagi contoh. Katakan korang nak simpan sebanyak RM1,000 sebulan. Korang boleh pecahkan kepada 2 bahagian iaitu :-

  • Force savings (ASBF) - RM700
  • Simpanan biasa (ASB) - RM300
Korang kena ingat ye. Simpanan ASB biasa juga penting in case kalau ada apa-apa emergency case atau keperluan lain. Korang boleh guna duit simpanan dalam asb biasa tu. Dan Nurul ingatkan, jangan sesekali tamatkan pinjaman ASB korang tu tanpa sebab yang munasabah.


#2 : Tabung Haji - Daftar percuma guna KWSP

Daftar Haji

1. Deposit RM1,300 untuk daftar haji.
2. Kalau korang nak daftar haji percuma, guna penyata terbaru KWSP akaun 1.
3. Tunggu giliran tarikh dan masa untuk pendaftaran haji dibuat.


Simpan melalui 'online banking'

1. Daftar di cawangan bank (Maybank / CIMB)
2. Bawa no akaun tabung haji, IC dan kad ATM untuk mudah transfer melalui online.
3. Selepas approved, boleh transfer melalui online :-
  • Maybank2u : Accounts & Banking - Transfer - Tabung Haji
  • CIMB Clicks : Pay Bills - Tabung Haji

Antara kelebihan simpan duit dalam Tabung Haji adalah :-


  • Modal permulaan yang rendah.
  • Modal simpanan terjamin.
  • Kos yang rendah.
  • Pemberian dividen dan bonus yang kompetitif.
  • Dividen dan bonus dikecualikan cukai.
  • Zakat dibayar oleh pihak Tabung Haji.
  • Simpanan dan pengeluaran tanpa had.
  • Patuh syariah.
  • Simpanan untuk menunaikan haji.

#3 : Mantapkan simpanan persaraan dengan Unit Trust

Unit trust ni adalah untuk melengkapkan pelan simpanan persaraan korang melalui KWSP akaun 1, cash lump sum atau cash regular savings. Dengan adanya pelaburan dalam unit trust ni, korang akan ada pelan persaraan yang sangat mantap !

Simpanan ini juga akan dapat melawan inflasi dan berpeluang untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang baik. Siapa je yang nak bagi 10% - 12% setahun tu kan. And yes, melalui unit trust, korang boleh dapat pulangan sebanyak itu.

Yang penting sekali, korang boleh pastikan kualiti hidup yang lebih terjamin bila korang bersara nanti dengan KWSP + Unit Trust ni. Best kan?


Keuntungan simpan duit dalam unit trust ni ada 3 iaitu :-

  • Capital gain - Harga naik turun. Kedua-dua keadaan ni sebenarnya bagi kelebihan pada korang. Yang terbaik, beli masa harga tengah rendah. Bila harga mahal, korang boleh jual.
  • Dividen - Fund yang lebih 2 tahun mesti akan ada dividen. Ada consultant korang yang boleh maklumkan. Dapat dividen dan unit pun semestinya percuma.
  • Bonus - bonus ni bila syarikat declare sahaja. Nama pun bonus kan.


#4 : Macam mana dengan simpanan pendidikan anak-anak?

  1. Nilai wang semakin menyusut. Nilai emas semakin menaik.
  2. Pelaburan yang selamat.
  3. Mudah dicairkan.
  4. Emas tidak boleh dimanipulasikan.
  5. Emas sebagai pelindung kekayaan.
  6. Portfolio simpanan dan sumber pendapatan.
  7. Perlindungan dan keselamatan.
Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian anak-anak dekat universiti hari ini.

Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6,500 setahun :-

  • RM6,500 x 5 tahun = RM32,500

Maka, jumlah pinjaman adalah sekitar RM32,500. Jadi, janganlah biasakan anak-anak meminjam untuk belajar. Kita sebagai ibu bapa kalau boleh buat tabung pendidikan anak awal-awal semasa diaorang tiada lagi.

Cara terbaik yang korang boleh lakukan adalah dengan mulakan simpan 1 gram setiap bulan.


#5 : Cara simpan duit paling sempoi !


Tabung Warna

  1. Perlu ada disiplin yang tinggi.
  2. Tetapkan warna tabung - Hijau dan Oren.
  3. Simpan duit RM5 dan RM20 setiap kali korang terima duit tersebut.
  4. Hujung tahun, korang boleh keluarkan duit simpanan tu dan laburkan pada tempat yang betul untuk gandakan.

Nurul sangat suka gunakan teknik ini. Bukan apa, ianya sangat menarik untuk Nurul, mudah dan untung. Ini adalah cara yang sesuai untuk golongan yang ada disiplin menyimpan yang tinggi dan nak menyimpan duit secara tetap.

Mula-mula korang tetapkan dulu warna tabung yang korang nak buat. Contohnya korang pilih nak simpan warna hijau dan oren iaitu duit RM5 dan RM20. Setiap kali korang dapat je 2 warna duit ni, korang terus simpan ikut warna masing-masing. 

Satu lagi, bila korang belanja tu, jangan sesekali gunakan duit RM5 dan RM20 ni okay ! Kena kuat dan disiplin.



So, itu lah dia serba sedikit yang korang boleh gunakan untuk menyimpan. Jangan nak beralasan lagi sehinggakan korang tak ada duit simpanan. Bahaya tau. Jangan dibuat main.

Kalau korang nak fast result, action korang pun kena lah fast. Buat sekarang. Kalau korang nak consult apa-apa tentang kewangan, boleh terus direct contact Nurul okay.

You May Also Like

8 Comments

  1. Nice info. Anak muda memang susah nak menyimpan, I feel that! Hehe.

    ReplyDelete
  2. Thank you for posting such a beneficial post! Although I'm currently a full-time student, I try to have some savings each week. Over time, that amount grows! I hope to read a future post about how students can start saving up during their studies from your blog & your perspectives on that. Done follow!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alright. will update about tips financial for students soon ^^

      Delete
  3. Kita buat tabung warna je. Tu pun dah pakai time pkp ni.huhu

    ReplyDelete
  4. Dulu mama.suka buat duit kelepet mmg mudah juga

    ReplyDelete