CARA SIMPAN BANYAK DUIT WALAUPUN BARU BEKERJA

by - March 25, 2020

CARA SIMPAN BANYAK DUIT WALAUPUN BARU BEKERJA | Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah, Nurul baru ada kesempatan untuk update sharing yang terbaru.

Now, kita belajar macam mana nak simpan duit walaupun kita masih bekerja. Ingat, walaupun korang baru bekerja, tetapi bukan alasan untuk korang tidak menyimpan duit. Set satu atau dua target kenapa korang kena menyimpan. Sama ada untuk berkahwin ke, untuk dana kecemasan atau nak beli rumah. Bila target dah ada, mudah untuk korang konsisten dalam menyimpan.


Okay, cara ini memang Nurul terapkan daripada tahun pertama Nurul bekerja sehingga lah sekarang dah masuk tahun ketiga. Alhamdulillah. Cara ni pun ramai juga client Nurul yang guna dan memang terbukti berkesan untuk kita menyimpan walaupun kita baru sahaja bekerja.

Nama strategi ini adalah "Budget 50/20/30" . Mungkin korang pernah juga dengar sebelum ni dekat mana-mana platform media sosial. Nurul pun pernah share juga sebelum ni. Dan paling seronok, orang muda sangat sesuai untuk gunakan strategi ni. Tak kira lah gaji korang tu rendah atau tinggi.

Cuma sesetengah orang kata strategi ni rumit. Tidak, ianya tidak merumitkan jika kita tahu untuk membuat budget. Bila dah tahu tu, confirm mudah je setiap bulan untuk korang buat budget.




3 Pecahan Utama Yang Korang Patut Tahu Pasal Budget Ini

Terbahagi kepada 3 kategori iaitu :-


  • 50% daripada pendapatan korang untuk belanja keperluan.
  • 20% daripada pendapatan korang untuk simpanan.
  • 30% daripada pendapatan korang untuk kegunaan peribadi.



50% untuk keperluan? Tak banyak ke Nurul?

Yang first sekali korang kena buat adalah ketepikan separuh daripada pendapatan atau gaji korang tu untuk keperluan mutlak dalam hidup korang ataupun komitmen.

Bila kita bahagikan setiap pendapatan kita mengikut kategori, baru kita nampak gambaran yang jelas dekat mana duit kita tu akan mengalir nanti. Tak ada lah tahu-tahu duit kita dah habis tanpa tahu kemanakah duit tu mengalir.

Perbelanjaan mutlak ni adalah perbelanjaan yang kita perlu jelaskan untuk teruskan hidup. Tak kiralah dekat mana korang tinggal, jenis kerjaya korang atau apa sahaja rancangan korang untuk masa akan datang.

Dan semestinya setiap orang ada perbelanjaan mutlak yang sama seperti :-

  • Tempat tinggal
  • Makanan 
  • Pengangkutan (tol, duit minyak kenderaan dan sebagainya)
  • Bil utiliti atau lain-lain perkara lagi

Korang agihkan ikut kemampuan korang. Setiap kita ni kemampuannya berbeza. Jadi, jangan kita ikut orang tapi ikut pada kemampuan kita. Dan lagi satu, lagi banyak korang boleh jimatkan dekat bahagian ini, lebih bagus. Kenapa?

Boleh lah korang alirkan sedikit untuk simpanan kecemasan nanti.


Simpan 20% secara konsisten setiap bulan.

Duit ini akan digunakan untuk dana simpanan korang, menyelesaikan segala hutang yang ada dan sebagai simpanan dana kecemasan nanti. Sebab kita pun tak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan kan. Jadi, kita kena prepare dana kecemasan siap-siap.

Selepas korang dah settlekan untuk 50% tadi tu, korang dah boleh ke step ini. Jika korang masih terkial-kial dengan 50% tu, Nurul sarankan untuk korang tidak buat step ni. Tapi itu lah, jika korang pun tak buat step ni, kewangan korang dalam bahaya.

Bila korang buat simpanan 20% ni, korang boleh langsaikan hutang yang ada dengan lebih cepat bila ada simpanan ini. Secara automatik korang akan bergerak pantas untuk mencapai matlamat kewangan masing-masing. Best kan?

Ada banyak instrumen kewangan yang boleh gandakan simpanan korang seperti Unit Trust dan juga ASB. Pilih lah ikut kesesuaian masing-masing.


Sekadar peringatan, lagi banyak korang boleh simpan dekat bahagian ini, lebih awesome ! Kenapa? Sebab korang simpan duit tu pada tempat yang betul. Automatik kewangan korang pun akan jadi lebih cantik.


30% untuk perbelanjaan personal. Dan ini bukan lesen untuk korang berbelanja sembarangan !

Kategori yang terakhir ni korang boleh buat perbezaan yang ketara dalam budget kewangan korang. Ini sebenarnya adalah perbelanjaan yang tidak perlu dan untuk meningkatkan gaya hidup korang.

Ada sesetengah orang dia tak nak pun buat kategori ni. 30% ni dia akan buat untuk simpanan juga. Memang terbaik pada sesiapa yang boleh buat macam tu.

Cumanya, anak muda sekarang ni pun perlukan sesuatu yang buatkan mereka enjoy. Nak shopping baju lawa-lawa, handbag, kasut, makan dekat tempat sedap-sedap dan macam-macam lagi la. Korang je yang tahu apa yang korang nak.


Dan untuk peringatan korang, 30% ni merupakan kadar maksimum untuk korang belanja dekat perkara-perkara yang Nurul nyatakan tadi tu. Tak boleh lebih okay !

Tapi jika lebih banyak korang boleh korbankan untuk kurangkan perbelanjaan ini, lebih banyak sangat kemajuan yang korang boleh dapat dalam kewangan masing-masing. Semuanya bergantung pada diri masing-masing.


Konsisten adalah kunci kejayaan kewangan !

See, tak susah pun kan kalau korang dah tahu nak budget kewangan korang setiap bulan? Dan walaupun korang baru mula bekerja, korang dah ada simpanan dah. Memang hebat !

Yang penting, duduk dan fikir seorang diri. Rangka budget kewangan korang satu persatu sampai korang jelas apa matlamat kewangan korang sebenarnya. Bila matlamat dah jelas, secara automatik korang mudah untuk teruskan menyimpan.

Jangan lupa kongsikan pada kawan-kawan yang lain ya.



You May Also Like

6 Comments

  1. Betul. Masa mula bekerja inilah waktu yang sesuai untuk ajar diri sendiri path pada budget sendiri dan konsisten menabung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. nanti dah lama-lama nak menyesal pun tak guna daa..

      Delete
  2. Bagus tips ni. Dulu-dulu rajin belanja. Lepas ni nak kena menyimpan dulu la

    ReplyDelete
  3. dulu masa zaman bekerja, duit gaji memang jimat masa tu. Pergi kerja jalan kaki sahaja. Kumpul duit amek lesen kereta waktu tu. Sekarang jadi tabung kecemasan yang itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kadang masa kita dah bekerja tu la yang kena berjimat kan ^^

      Delete