PERBEZAAN ANTARA FOUNDATION DAN BB CREAM

by - December 09, 2019

PERBEZAAN ANTARA FOUNDATION DAN BB CREAM | Memandangkan kemain ramai lagi customer Nurul dok bertanya apa beza foundation dengan bb cream ni, makanya Nurul nak bebelkan semuanya dekat sini ye. Hehehe. Nak bebel dekat instagram macam tak best pula.

Foundation dan bb cream ni sama ke? 

Tak sama ! Hahaha. Kenapa? Korang scroll lagi ye ~

Mungkin ramai yang tak tahu apa beza antara foundation dan bb cream ni. Malah ramai juga customer Nurul yang confius antara dua tu. Bb cream dan foundation ni memang majoriti ramai yang guna. Cuma tak tahu apa bezanya kan?

Hokayyy ~ Nurul terangkan ye.

Bb cream atau nama sebenarnya adalah Blemish Balm Cream merupakan produk yang mula-mula diperkenalkan di Asia (Korea Utara) dan formula untuk cream ni berasal daripada Jerman yang digunakan untuk menghilangkan parut selepas melakukan pembedahan wajah atau kulit. Kiranya plastic surgery la kan. Kan femes dekat Korea tu.

Tapi foundation pula adalah krim yang kita pakai untuk seragamkan warna kulit sebelum korang gunakan sebelum pakai makeup lain. Kiranya foundation ni bertujuan untuk mencerahkan lagi atau menggelapkan warna kulit asal korang.




PERBEZAAN ANTARA FOUNDATION DAN BB CREAM

1 : COVERAGE
BB Cream dia punya coverage tu kurang padat berbanding dengan foundation. Bb cream ni pun lebih cair dan tak tebal. Jadi, pada sesiapa yang tak suka pakai mekap tebal, tapi nak kulit korang sekata, korang boleh gunakan bb cream ni sebab dia akan menampakkan muka kita lebih natural.


2 : FAEDAH PENJAGAAN KULIT
BB Cream mungkin menyediakan lebih banyak faedah penjagaan kulit, biasanya dengan tambahan bahan-bahan tertentu untuk menghidrat atau membaiki kulit korang. Biasanya BB Cream ni kita pakai sebelum mengenakan sebarang solekan. BB Cream ni juga disertakan dengan sunblock, pemutih wajah atau pelembap untuk kesihatan kulit kita.


3 : WARNA
BB Cream mempunyai julat warna yang sangat terhad. Biasanya 1 atau 3 warna yang berada dalam pelbagai warna natural. Jadi, pada sesiapa yang nak nampak natural je, boleh gunakan bb cream ni je. Foundation pula cenderung untuk mempunyai 5 hingga 10 warna.


4 : PENGGUNAAN
Penggunaan bb cream yang terbaik adalah dengan menggunakan jari je. Hanya titik sedikit produk di seluruh muka dan dap dap je produk tu sampai lah sekata dengan warna kulit korang. Tapi kalau foundation pula, kita kena guna beauty blender atau brush untuk rataka dekat muka kita. Supaya warnanya lebih sekata.


Sebenarnya bb cream dengan foundation ni tak ada la beza sangat. Nampak hampir sama. Tapi Nurul titikberatkan dengan tesktur tersebut. Nurul lebih prefer untuk gunakan bb cream daripada foundation sebab macam tak sesuai dengan muka Nurul. So bila pakai bb cream tu, nampak la warna kulit ni agak sekata.



You May Also Like

0 Comments