IKUT FORMULA KEWANGAN INI UNTUK SIMPAN RM750 SEBULAN

by - December 15, 2019

IKUT FORMULA KEWANGAN INI UNTUK SIMPAN RM750 SEBULAN | Duit sekarang ni macam air yang mengalir tanpa penghujungnya. Dapat je gaji, mesti cepat sahaja habis untuk bayar komitmen dan hutang yang keliling pinggang. Last sekali, tinggal lah beberapa ratus sahaja untuk kita survive sambil tunggu gaji bulan hadapan.


Inilah senario dan keadaan yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita malah dalam diri kita sendiri tentang pengurusan kewangan. Sekiranya masalah ini berterusan tanpa anda kawal, ianya akan membimbangkan dan mungkin diri anda bakal terjerat sama.

Kesedaran pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat kita masih pada tahap yang rendah. Sebab itulah cashflow gaji tidak dapat dikawal dengan baik dan kita juga tidak mempunyai disiplin yang baik dalam pengurusan kewangan.


Sepatutnya pengurusan kewangan perlu diajar kepada semua orang sejak mereka kecil lagi untuk dijadikan tabiat dan mendisiplinkan diri sendiri. Bila sudah meningkat dewasa, kita dah tahu apa yang perlu kita lakukan apabila menerima gaji pertama.

Formula kewangan yang paling ramai gunakan adalah “Belanja dahulu, baki baru simpan”. Sedangkan formula inilah yang akan menyebabkan berlakunya kebocoran duit. Sebelum nasi menjadi bubur, sebaiknya kita perlu mengagihkan simpanan untuk kebahagiaan kita pada masa akan datang dengan mengikut kompas kewangan yang betul.


Bagi para graduan yang baru mula bekerja, boleh ikuti formula ini sebagai panduan anda untuk menguruskan gaji pertama anda.

Sebaik sahaja mendapat gaji, perkara pertama adalah asingkan gaji tersebut kepada 4 bahagian.

30% - Simpanan Wajib
60% - Komitmen Paksa
5% - Seronok
5% - Bocor

Sebagai contoh gaji anda RM2,500 setiap bulan.


1. SIMPANAN WAJIB (30%) = RM750

30% daripada gaji anda adalah RM750 sebulan. Dengan RM750 sebulan itu, anda perlu agihkan untuk buat simpanan masa pendek, masa panjang dan takaful untuk melindungi harta anda.

Contoh platform yang sesuai untuk anda buat simpanan jangka pendek iaitu kurang daripada 5 tahun adalah :-

  • ASB
  • Tabung Haji

Manakala untuk simpanan jangka panjang pula adalah antara 5 hingga 10 tahun. Platform yang sesuai untuk anda adalah :-

  • Unit Amanah atau Unit Trust
  • Saham (Bursa Malaysia)
Jangan lupa juga asingkan untuk simpanan wajib dengan mengambil perlindungan takaful.



2. KOMITMEN PAKSA (60%) = RM1,500

Ramai graduan muda membuat kesilapan besar dengan perbelanjaan paksa melebihi 60% daripada gaji dan punca utamanya adalah dengan membeli kenderaan yang tidak sesuai dengan pendapatan.

Jika anda ingin beli kereta, sebaiknya bayaran muka bulanan kereta adalah 15% daripada gaji atau hanya setahun gaji.

Contoh :

RM2,500 x 15% = RM375 sebulan 

Atau

RM2,500 x 12 bulan = RM30,000


Makanya, kalau gaji RM2,500 sebulan, carilah kereta yang bernilai RM30,000. Banyak sangat pilihan yang ada pada harga ini.

Bagi yang fresh graduate, sebaiknya jangan terus beli kereta baru walaupun anda layak untuk membeli kereta baru yang bulanan RM700-RM900 sebulan. Ini adalah punca kebocoran terbesar dalam pengurusan kewangan jika anda beli kereta dengan harga yang sedemikian.

Jika anda buat formula di atas, nescaya akan ada banyak lagi lebihan yang anda ada. Lebihan itu anda boleh gunakan untuk bayar komitmen yang lain seperti :-

  • Sewa Bilik
  • Hutang PTPTN
  • Sedekah Mak Ayah
  • Bil Elektrik atau Air
  • Bil Telefon


3. SERONOK (5%) = RM125

Dalam sebulan anda bekerja, pastinya anda inginkan ganjaran untuk diri sendiri. Penat lelah siapkan tugasan, bertambah dengan stress lagi. Jadi, sebaiknya anda peruntukkan 5% daripada gaji anda untuk berseronok atau self reward.

Contoh :
5% daripada RM2,500 adalah RM125


Setiap orang berbeza cara nak meraikan diri sendiri. Ada yang suka shopping pakaian mahal dan ada juga yang suka makan di restoran mewah. Terpulang lah pada anda tapi asalkan masih mengikut budget yang telah dikira tadi.


4. BOCOR (5%) = RM125

Keperluan atau kemahuan? Soalan yang sering kali ditanya oleh diri sendiri. Bila kita agihkan 5% daripada duit gaji kita tu, anda dah ada satu jumlah yang boleh dibelanjakan mengikut kemahuan anda. Contohnya minum air Boba yang tengah famous tu ke, beli aksesori baru atau tengok wayang.

Yang bestnya, kita membeli perkara yang merupakan kemahuan. Tetapi masih dalam kawalan perbelanjaan yang teratur.


Jadi, jika anda nak menyimpan dengan jumlah yang banyak, pastikan anda ikut kompas kewangan ini supaya rekod kewangan anda cantik. Dan anda tidak akan terjerat dengan kewangan sendiri.



You May Also Like

7 Comments

  1. waalaikumussalam. Allahu sedih jugak belum mampu lagi nak simpan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apa sis.. lepas ni cuba untuk menyimpan pulak ye..

      Delete
  2. Harap-harap untuk tahun baru nanti, dapat simpan duit lebih dari tahun ni heheheh :p

    ReplyDelete
  3. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    ReplyDelete
  4. Bagus tip gini. Lengkap cara contoh pengiraan.

    Done followback.

    ReplyDelete