5 CARA SIMPAN RM200 SECARA PAKSA

by - December 11, 2019

5 CARA SIMPAN RM200 SECARA PAKSA | Assalammualaikum wbt. Kita ni kalau nak menyimpan bukan main susah lagi kan. Bukan setakat susah nak konsisten. Malah kita tak buat sebarang simpanan pun. 

Tak apa. Nurul dulu pun macam tu. Tapi bila dah belajar tentang kewangan dan mula konsisten menyimpan, sebenarnya senang dan best !


So, harini Nurul nak share dengan korang 5 cara macam mana untuk korang terus konsisten menyimpan. Modal bulanan tak banyak pun awak. Hanya RM200 sahaja setiap bulan. Setiap bulan okay. Bukan setiap 3 bulan sekali. Faham?

5 CARA SIMPAN RM200 SECARA PAKSA


1. TABUNG AJAIB

Yang pertama, korang sediakan tabung yang tak boleh dibuka dengan mudah. Yela kan. Bila korang nampak tabung tu senang dibuka, senang je korang joli. Tak memasal emergency je sentiasa. Betul tak?

Jadi, bila setiap kali gaji, korang terus masukkan RM200 dalam tabung ajaib tu. Pastikan masuk okay.



2. ASB

Seterusnya, cara ni sangat mudah untuk korang buat. Korang terus buat potongan gaji RM200 daripada payslip terus ke akaun asb masing-masing. Cara ni korang boleh amalkan dalam masa korang tengah berjinak-jinak nak disiplin untuk savings.

Lagi senang kalau korang terus buat auto debit. Tak ada la korang termissed.



3. TABUNG HAJI

Yang ni mungkin ramai yang buat. Korang buat terus potongan auto debit RM200 ke akaun tabung haji daripada payslip korang. Lebih kurang sama dengan cara ASB tadi.



4. ASB FINANCING

Cara keempat ni agak advance sikit. Cara ni adalah cara untuk korang cipta rekod dengan bank. Korang buat ASB Financing RM35,000. Bulanan hanya RM193 sahaja. Tapi kenapa Nurul kata cara ni advance sikit?

Sebab cara ni return dia lebih besar daripada asb biasa. Cumanya, ini dah jadi salah satu komitment korang setiap bulan dan tak boleh skip langsung ! Dilarang skip !



5. UNIT TRUST

Jeng jeng jeng ~ Cara yang terakhir adalah korang buat regular savings plan di unit trust. Ini pun korang buat juga auto debit supaya boleh terus deduct daripada gaji. 

Dengan cara ni korang kena bermula dengan RM1,000 dan bulan seterusnya hanya bermodalkan RM200 sahaja. Nurul suggest korang buat cara ni sebab boleh lawan inflasi setiap tahun. Dan, average return 10% sehingga 12% yang korang boleh dapat.

Siapa yang tak nak kan.



Penyimpan dan pelabur yang bijak akan cari platform yang beri pulangan yang lebih daripada biasa. So, itulah dia 5 cara untuk korang konsisten menyimpan RM200 setiap bulan. Sama juga kalau korang nak savings RM500 setiap bulan.

Cara yang sama, hasil yang lain. Korang yang pilih.


You May Also Like

2 Comments

  1. alhamdulillah, tq for sharing.
    kena ada kesedaran kan tentang saving ni.
    wajibkan diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. most welcome.. betul, kena ada kesedaran daripada awal..

      Delete