COMPANY TRIP KOTA KINABALU DAN KUNDASANG, SABAH | PART 2 | Assalammualaikum wbt. Kembali kita lagi. Hehehe. Alhamdulillah, entry untuk percutian ke Sabah part 1 dah settle. Semoga ianya bermanfaat untuk korang ye.



Bila sebut je pasal entry travel, memang tak akan mencukupi dalam satu entry. Hahaha. Nanti akan menyusahkan korang pula untuk scroll panjang-panjang kan. Jadi, Nurul buat by part. In Sha Allah, ini adalah part yang last untuk entry trip kalini. 


Negeri Sabah merupakan negeri yang kaya dengan views yang sangat cantik. Tak payah pergi luar negara, dalam negara je pun kita dah dapat tengok views secantik itu. Alhamdulillah. Bagi Nurul, bila berada dekat sana, memang Nurul kagum sungguh dengan lakaran Allah. Original dan sangat sedap mata memandang. Fikiran pun jadi tenang je.

So, jom kita teruskan dengan story seterusnya ye ^^


DAY 3 - 26 JULY 2019

Company trip selama 5 hari 4 malam ni dikehendaki untuk kami semua bermalam 2 malam di Kundasang dan 2 malam di Kota Kinabalu. Sebab KK dan Kundasang bukan dekat ye. Makan perjalanan selama 2 jam juga la. Untuk hari ketiga ni kami check out daripada Sulap Homestay dan breakfast di homestay sahaja. Breakfast telah disediakan oleh pihak agensi tour guide.


KUNDASANG WAR MEMORIAL


Lepas daripada breakfast dan kemas-kemas barang, kunci dipulangkan ke pihak hotel dan barang pun diangkut ke dalam van. Fuhhh ~ Time ni sumpah berat sangat hati nak pergi dari Kundasang. Bukan senang kita nak tengok views secantik dekat sini lagi. Tak tahu bila lagi rezeki boleh sampai ke sini.

Dengan berat hati, kitaorang pun meneruskan ke destinasi seterusnya iaitu Kundasang War Memorial. Dekat sini lebih kepada untuk kita tahu tentang sejarah dekat Kundasang. Reka bentuk dalam ni pun sangat vintage dan menempatkan kubu pertahanan zaman penjajahan.



Bila lalu-lalu dekat sini, Nurul ada ternampak list nama-nama tentera. Memang ramai. Siap ku tengok nama setiap seorang. Hahaha. Nama pun sangat unik. Yela kan, dah alang-alang dekat situ, kita hayati sebaik mungkin. Kita pun bukannya suka sangat belajar sejarah. Betul takkkk ~? Hehehe.



KINABALU PARK


Lepas daripada tu, kami dibawa terus ke Kinabalu Park. Di mana ianya merupakan checkpoint pertama untuk para pendaki mendaki Gunung Kinabalu. Dekat sini sangat sejuk ye awak-awak. Masa tu dah la Nurul hanya bert-shirt dan handsock. Badan pula baru nak baik daripada demam. Memang redha habis ! Hehehe.

Ok, dekat sini kita boleh tengok kawasan di mana setiap pendaki perlu bersedia untuk meneruskan perjalanan pendakian. Kita tak boleh mendaki macam tu je sebab kena booking apa semua. Ada prosedur nya. Tapi Nurul tak sure pula macam mana. Korang yang berminat mungkin boleh try survey.



Kami dekat sini memang bergambar je la. Hahaha. Naik ke atas dengan pemandangan yang penuh dengan kabus. Sejuk tu jangan cakap la. Memang sejuk sangat. Tapi macam Nurul cakap la, Sabah ni kaya dengan views yang sangat cantik. ^^


Lepas dah bergambar apa semua, perjalanan diteruskan ke Kota Kinabalu. Masa ni jujur la Nurul cakap ye. Nak nangis ! Hahaha. Serious tak puas lagi duduk Kundasang. Percaya cakap Nurul, views dekat sini memang tersangat cantik. Tak boleh dapat dekat Puchong. Dalam hati tak putus ucap syukur sebab Allah beri peluang untuk Nurul release stress dekat tempat secantik ini.

Tapi nak buat macam mana kan. Masa tetap akan berlalu. Nurul harap lepas ni ada rezeki lagi nak ke sana. Aminn.

2 jam perjalanan, kami sampai ke Kota Kinabalu. Sini memang kawasan bandar. Tak macam Kundasang. Jalan dekat KK pun agak sesak. Normal la kan. Nama pun bandar. Lepas tu kami isi perut yang dah lapar ni. Hehehe. Asyik makan je bila travel. Tapi Nurul serious lupa apa nama restoran lunch hari ketiga ni. Hahaha. Ampun ye ~ Sebab ada je tempat yang Nurul tak take note namanya.



MENARA TUN MUSTAFA



Lepas lunch, kami teruskan lagi perjalanan ronda-ronda bandar Kota Kinabalu. Menara Tun Mustafa ni pun sangat famous dalam kalangan pelancong. Masa Nurul sampai ke sini pun, memang ramai sangat pelancong yang tak lepaskan peluang untuk bergambar dekat sini.

Gelaran lain bagi bangunan ni adalah bangunan bateri. Bila korang tengok betul-betul bangunan tu, memang seakan-akan bentuk bateri.




MASJID BANDARAYA



Lepas dah settle dekat menara tu, perjalanan kami diteruskan ke Masjid Bandaraya ataupun masjid terapung. Masjid ni seakan-akan sama dengan Masjid Terapung Puchong Perdana. Sangat besar.

Dekat sini kami ambil peluang untuk bergambar dan solat jamak. Bila dah settle solat, senang dah kita nak berjalan. ^^



KOTA KINABALU VIEW POINT



Kemudian, perjalanan kami diteruskan ke Kota Kinabalu View Point. Sini memang ramai orang lepak-lepak bersantai. Sebab dekat sini memang sesuai untuk tempat mencari ilham. Hahaha. Sebab daripada bangunan yang tinggi, kita akan nampak views bandar Kota Kinabalu. Sangat cantik dan tersergam indah. Pulau pun nampak juga daripada views point ni.

Cuma waktu tu agak panas. Hahaha. Sebab dah petang kan. Kalau pagi takpe lagi sebab boleh dapat vitamin. Terik petang ni buat burn je. :p Hehehe.


Lepas dah penat berjalan, kitaorang terus dibawa ke Ease Hotel untuk check in. Dekat sini hotelnya tidak lah sebesar dekat Kundasang ye. Sebab Kundasang memang pusat peranginan dan penginapan pun luas. Hotel dekat KK ni memang setaraf dengan hotel dekat area bandar.

Kebetulan berlaku sikit agenda yang tak diingi. Hahaha. Bukan apa sangat. Masalah lift rosak. Kalau tingkat 2 naik tangga okay lagi. Siap segala luggage kena angkut. Yang jenuhnya dekat tingkat 5 tu ! Tapi Alhamdulillah, pihak agensi bertindak dengan cepat untuk settlekan hal ni.

Sebab tu kita kena cari agensi yang betul-betul akan membantu kita bila dalam keadaan macam ni :D



DINNER SEAFOOD


Dinner seafood ni pun Nurul tak berapa sure apa nama tempatnya. Hahaha. Ampun ~ Sebab sini memang ramai yakmat ! Tak sempat nak pegang handphone ke apa. Ku fikir makan je time ni :p

Tapi korang jangan risau. Restoran ni memang dekat-dekat je dengan area pasar philipin. So far makanan seafood sini ok la. Yang penting Nurul nampak udang dan sotong. Hahaha. Walaupun seketul Nurul ada resdung, tapi main bantai je makan macam tu. Nasib baik haritu ok je. Tak ada rasa gatal-gatal.



SHOPPING DI PASAR PHILIPIN

Lepas dinner, kami teruskan ke shopping pula. Tudiaaa ~ Memang saat yang ramai tunggu. Hahaha. Nurul savings pun untuk shopping sini. Disebabkan masa kami pergi tu pun dah malam sangat, banyak kedai yang dah tutup.

Kami sempat shopping ikan bilis, ikan kering dengan keropok gelang cincin tu. Kalau under tour guide, diaorang memang akan bawa kita ke tempat yang murah. Jangan risau, memang murah. Nurul dengan kawan dah survey dulu da. Hahaha. First-first tak percaya, last-last memang betul ! Padan muka diri sendiri kan. :p

Dekat sini korang tawar menawar la lagi ye. Elehhh ~ Macam tak biasa je. Hehehe. Nurul cuma beli keropok gelang cincin tu je. Sebab tu je yang dikirim ibu. Lepas tu malas nak tunggu yang lain shopping lama sangat, Nurul pun teruskan jalan shopping sorang. Hehehe. Sempat lah grab kain batik dengan bag. Kain batik dekat sini memang cantik dan murah. Kuncinya korang kena pandai tawar menawar je.


Disebabkan banyak kedai yang dah tutup, kitaorang decide untuk pergi keesokan harinya.



DAY 4 - 27 JULY 2019

JESSELTON POINT JETTY




Hari ke 4 kitaorang memang dah excited sangat ! Sebab main pulau. Nurul pun jangan cakap la excitednya tu. Hahaha. Ada hati tu padahal badan baru nak elok demam. Tapi rugi kalau tak join.

Kami bertolak daripada hotel dalam pukul 9 pagi macam tu dan terus breakfast dekat Jesselton Point Jetty. Makanan breakfast pun dah makan berat. Memang kenyang sampai lunch hokay ~


Lepas masing-masing dah settle breakfast, kitaorang terus diarahkan untuk pakai safety jacket untuk naik bot. Fuhhh !~ Ni serious excited. Dah lama sangat tak buat aktiviti pulau. Bila bercuti dengan family, ibu agak tak berani dengan air. Jadinya aktiviti pun jadi terhad. Bila travel sendiri ni, memang semua benda lah kita join ^^

Dalam package kami akan pergi 2 pulau. Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Dua-dua pulau ni akan bergerak menggunakan bot.



PULAU SAPI




Sampai je Pulau Sapi, memang rasa kagum sangat. Air yang sangat jernih dan boleh nampak ikan tau. Selama ni Nurul pergi pantai atau pulau yang airnya keruh je. Hahaha. Maksudnya bukan air biru jernih macam ni la. Memang kagum giler masa tu. Untuk photoshoot pun memang cantik sangat.

Sampai je dekat sana, kami mendengar briefing daripada pihak pulau berkenaan dengan permainan yang mereka ada. Banyak dan Nurul tak ingat semua ! Hehehe. Aktiviti kami yang include package adalah snorkelling sahaja. Aktiviti yang lain memang kena guna duit sendiri ye.


Lepas dah tukar baju apa semua, tunggu apa lagi. Kita tuju ke pantai la ~ First-first kitaorang buat aktiviti snorkelling. Nurul punya style, dah nampak ikan tu da. Hahaha. Tak reti wei ~ Last-last mandi biasa je. Peralatan snorkelling pun sangkut dekat kepala je.

Tengah-tengah mandi pulau tu, kitaorang decide ada yang nak main para sailing dan termasuk lah Nurul. Kelebihan bila ambil package ni, korang akan dapat harga murah tau untuk aktiviti yang lain. Bagi Nurul sangat berbaloi. Jadi, Nurul beranikan diri untuk join para sailing ni. Tak pernah buat ! Berani dalam takut tu. :p


Disebabkan bukan selalu kita sampai kan. Lepas tour guide da booking, mana yang join para sailing tu dikehendaki bergerak ke bot untuk menuju ke destinasi yang berkenaan. Dalam bot tu dah dup dap dup dap da ~ Cehhhh ! Sabar je la. Hahaha. Excited pun ye jugak.



Lepas tunggu turn, tiba masanya turn Nurul. Sekali naik 2 orang dalam masa 10 minit. Ok, takut hokayyy ~ Hehehe. Tapi bila dah naik tu serious best sangat ! Serious best. Tak menyesal. Tapi rasa nak lagi. Tapi fikir sebab harga tu je :p

Bila kita dekat atas tu best je sebab kita dapat tengok pulau dan air daripada atas. Memang santai. Tapi parah bila part diaorang jatuhkan kita dalam air. Fuhhh ~ Dah berapa banyak kali minum air masin. Sampai sakit kepala.



Jadi, ini lah yang join para sailing tu. Muka puas hati sangat kan. Hehehe.


PULAU MANUKAN

Lepas dah seronok main air dekat Pulau Sapi, perjalanan kami diteruskan ke Pulau Manukan pula. Perjalanan tak jauh pun sebab pulau tu dekat-dekat je.

Dekat sini kita boleh buat aktiviti snorkelling lagi dan banyak aktiviti santai je.



PULANG KE HOTEL

Lepas dah penat main air, masanya untuk balik. Noooo ! Akan ku rindu pulau secantik ini. Hehehe. Sebab selama Nurul pergi pantai atau pulau, mesti air keruh. Memang ini first time la tengok air jernih kebiruan gitu ~ Siapa yang tak suka keindahan macam ni kan.

Tour guide bawa kami pulang untuk tukar baju untuk next destination malam tu. Hamboiii. Belum rehat lagi hokayy. Hehehe. Ada lagi aktiviti malam tu.


SUNSET TG ARU



Tempat ni pun sangat famous dalam instagram. Well, sejenis Nurul yang sangat suka berangan tengok gambar dekat instagram sebelum pergi bercuti. Hehehe. Bukan apa, boleh lah kita tahu serba sedikit info yang ada kan.

Dekat sini kami cuma lepak-lepak je menunggu sunset. Lepas tu dekat sini ada juga gerai-gerai makanan yang korang boleh shopping. Nurul rasa mungkin tapak pasar malam juga. Patut pun ramai orang. Memang tempat tumpuan.


DINNER - POKDI KELATE

Lepas sunset dah habis, perut pun dah berkeroncong. Mana taknya. Dah penat main air apa semua kan. Masa untuk isi perut yang kelaparan ni pula. Hehehe.

Pokdi Kelate ni merupakan restoran kedai makan nasi campur. Bagi Nurul not bad makanannya dan agak sedap. Korang kena try :D



SHOPPING PASAR PHILIPHINE

Semalam dah pergi, harini ke 4 pun pergi lagi. Hahaha. Lepas je makan dinner, kami terus ke pasar philipine semula. Yela kan, esoknya dah nak balik. Masanya untuk kita shopping banyak-banyak ! ^^

Macam biasa, Nurul tak reti nak shopping sangat bila travel. Hahaha. Duit Nurul memang banyak habis dekat makan atau tempat aktiviti. Kalau ajak ibu abah sekali baru reti shopping. Hohoho :p


BALIK HOTEL

Lepas dah habis shopping tu, kami terus ke hotel. Hari pun dah lewat malam dan esok dah nak balik. Semestinya kena siap packing-packing barang.

Disebabkan program last untuk esok start pagi, memang malas nak rushing dan kena berkemas awal.



Untuk hari ke 5 Nurul akan update dekat next entry ye. Stay tune ~




>> COMPANY TRIP KOTA KINABALU & KUNDASANG PART 3  *coming soon* <<



Korang boleh survey servis Milas Travel dekat sini :-

Facebook : https://web.facebook.com/toyibbahrentaltours/

Website : http://toyibbah.com/

Instagram : https://www.instagram.com/milas_travel/