COMPANY TRIP KOTA KINABALU DAN KUNDASANG, SABAH | PART 1

by - August 09, 2019

COMPANY TRIP KOTA KINABALU DAN KUNDASANG, SABAH | PART 1 | Assalammualaikum wbt.

Sekian lama Nurul men'takhidupkan' blog ni. Hahaha. Kemain ayat kau Nurul. Maklumlah, bila dah bersangkut paut dengan kekangan masa, memang tak sempat nak hadap blog kesayangan ni. Lagi-lagi assignment makin berlambak.


Dalam kesibukan masa bekerja dan belajar, Allah beri Nurul rezeki untuk meneroka ke tempat yang baru. Walaupun hanya 5 hari sahaja, itu pun dah memadai sangat.

24-28 July 2019 yang lalu company tempat Nurul bekerja buat satu company trip ke Sabah. Negeri yang memang Nurul dah masuk dalam wishlist untuk travel. Hehehe. Tak sangka boleh ke sana tahun ini. So, Nurul nak sharing dengan korang apa aktiviti yang menarik yang korang boleh buat dekat sana.


Memandangkan ini company trip, mesti lah nakkan keselesaan dan tak mau pening-pening nak susun aktiviti kan. Nak cari tempat makan apa semua. Belum lagi rental pengangkutan dan cari hotel. Fuhhh ~ Memang tidak lah Nurul nak handle untuk 21 orang tu. Hahaha. Jadi, Nurul decide untuk cari agensi yang buat pakej ke sana. Kiranya private tour la.

Nurul ambil pakej untuk company under Toyibbah Travel. Mungkin korang dah familiar dengan nama agensi ni. Kalau belum, korang disarankan untuk usha-usha mereka sebab harga memang berpatutan. Servis pun Alhamdulillah Nurul puas hati. Sebab dah tak payah fikir apa-apa lagi. Hahaha. Details mereka Nurul selit di akhir entry ye. ^^


HARI 1 - 24 JULY 2019

Nurul ambil pakej underground sahaja ye. Tak include ticket flight. Jadi, ticket flight memang kita sendiri kena booking. Memandangkan time tu air asia ada buat promo, kitaorang apa lagi. Hahaha. Terus booking time tu jugak ! Sampai sistem pun jammed !

Memang tak dapat lupa saat genting tu. Kemain risau kalau harga naik. Nurul booking ticket flight bukan under group booking ye. Buat banyak-banyak number booking by family. Lebih senang dan dapat harga yang murah. Cuma leceh nak print boarding pass dan tagging bag. Banyak sangat ! Hahaha. Tapi okay je sebenarnya.


Hari pertama kami semua bergerak daripada KLIA2 pukul 8 pagi macam tu. Dah lah bangun kemain pagi. Dalam flight of course la seketul Nurul tidur. Hahaha. Memang tak dapat dibendung lagi mengantuk tu. Flight ambil masa dalam 2 jam lebih daripada KL ke Sabah. Cuaca waktu tu pun sangat elok. Alhamdulillah. Rezeki kami. ^^

Dah sampai dekat airport Sabah, macam biasa, walaupun orang semenanjung kena juga lalu bahagian kastam ye. Hahaha. Nurul ingatkan dekat overseas je kena check kastam. Maksudnya kena bagi pass masuk ke sana. Dah habis semua settle ambil luggage, bos Nurul pula tak lepas. Disebabkan bos Nurul ic merah, memang banyak lah persoalannya kannn. Hahaha. Tak apa, memang faham sangat.


Bila dah settle semua orang, tour guide kami pun dah tunggu dekat airport. Pengangkutan Nurul dengan yang lain menggunakan 2 buah van putih. Alaaaa, van yang selalu korang nampak bila travel tu. Memang selesa dan memuatkan seramai 21 orang. Termasuk dengan kanak-kanak ye.

Seterusnya kitaorang terus untuk makan tengahari. Dah makan dalam flight. Tapi dihidangkan dengan makanan tengahari pulak ! Hahaha. Time tu memang tengah kenyang lagi. Tapi Nurul tahu perjalanan akan panjang, jadinya makan la jugak.

Kami jamah makan tengahari di Baiduri Delight Kota Kinabalu. Berkonsepkan makanan nasi campur dan bagi Nurul memang berbaloi sangat. Ok, makan minum kami dekat sana pun memang dah include package. Tak payah kita nak pening-pening lagi nak cari tempat makan dekat mana. Best kan ! Hehehe.


RUMAH TERBALIK


Selepas lunch, kami terus bergerak ke Kundasang. Tapi sebelum sampai ke Kundasang, ada checkpoint yang kami singgah. First sekali Rumah Terbalik Sabah. Salah satu tempat tarikan pelancong yang utama.


Sesiapa yang bercuti ke sini, memang tak sah kalau tak singgah ke sini. Dekat Rumah Terbalik ni kami banyak ambil gambar je. Dan kami pun diberi penerangan tentang dalam rumah tersebut. Bagi Nurul ianya sangat unik. Memang kita berada dalam keadaan yang terbalik. Hehehe. Tapi sayang sangat, sebab kita tak dibenarkan ambil gambar dekat dalam rumah tu.



JAMBATAN TAMPARULI


Destinasi seterusnya adalah Jambatan Tamparuli. Jambatan yang tergantung menghubungkan sungai yang sangat besar. Seketul Nurul ni agak gayat. Hahaha. Punya lah sakit kepala bila lalu dekat jambatan tu sebab bergoyang.

Jangan risau, selamat dilalui. Hehehe. Korang kena cuba tau. Rugi tak lalu sebab dah sampai sana kan. Bukan selalu pun kita try sesuatu yang tak ada dekat bandar. Gituuuu ~ :D





PEKAN NABALU


Dah habis teroka jambatan tamparuli, kita terus menuju ke Pekan Nabalu. Kawasan sini dah mula sejuk tapi masih boleh bertahan. Hahaha. Dah la sweater tak standby dalam van. Ada dalam luggage pulak tu. Malas pula nak bawa keluar. Jadinya tahan je la ye.

Memandangkan waktu ni hujan, kami tak sempat nak bergambar dekat port yang selalu orang bergambar. Tapi tak apa lah. Kitaorang pun dah penat sangat time tu. Hahaha.

Pekan nabalu ni tempat shopping. Korang kalau nak beli cenderahati boleh beli dekat sini. Tapi ingat ! Jangan lupa tawar menawar ye. Hehehe.

Dekat sini pun ada pasar buah-buahan. Boleh singgah kalau korang nak. Semua tempat yang Nurul nyatakan ni merupakan under package ye. Memang korang akan pergi ke semua tempat.







Telah pun tiba di pekan Kundasang. Sini serious sejuk !! Fuhhhh. Memang Nurul tahan je time tu. Hahaha. Baju blouse je wakkk ~ Mana tak menyucuk sejuk tu.

Tapi disebabkan views yang super cantik, tak mau lepaskan peluang untuk bergambar dekat sini. Sampai je ke sini, memang Nurul rasa kagum sangat. Ye la kan. Kita dah penat dekat bandar. Asyik menghadap sesak lalu lintas. Tiba-tiba ada rezeki tengok views yang sangat cantik tu.



SULAP HOMESTAY


Dah lepas habis meneroka untuk hari pertama, kami dibawa terus untuk check in hotel. Badan pun dah letih kan.

Kami check in di Sulap Homestay. Sini memang Nurul rasa sangat selesa. Bilik yang besar dan bersih. Untuk yang travel ramai-ramai tu, memang Nurul galakkan korang ke sini. Dengan views menghadap gunung. Memang cantik dan santai. Homestay ni pun dah include dengan package. Kan Nurul dah kata. Memang tak payah fikir apa-apa lagi da. Korang tinggal duduk situ je. ^^



STEAMBOAT PUTERI NABALU




Badan dah letih and perut pun dah berkeroncong. Hahaha. Nasib baik makan lunch. Kalau tidak memang dah gastrik. Normal la kan bila travel asyik lapar je. Lagi-lagi dengan cuaca yang sejuk.

Kami dibawa dinner ke Steamboat Puteri Nabalu. Konsep sini sama je macam steamboat dekat semenanjung. Ada steamboat dan grill.


Lepas perut dah kenyang, kita balik ke homestay dan gedebushhhh tidur ~ Hahaha. Nurul rasa Nurul tidur awal sangat kut malam tu. Dengan handphone tak charge. :p



HARI 2 - 25 JULY 2019

Sekejap je dah masuk second day. Dekat sana Nurul rasa nak sangat masa tu berlalu dengan lambat. Hahaha. Tapi ku tahu memang tak boleh. Mengada :p

Jadi kami breakfast dekat homestay je. Sebab tu Nurul kata dekat sini best. Nak makan ada ruang makan. Sangat selesa kalau kita datang travel dengan family yang ramai atau buat gathering company.



DESA DAIRY FARM




Lepas habis breakfast, bermulalah aktiviti pada hari kedua. First destination kami adalah Desa Dairy Farm. Orang gelarkan sebagai New Zealand Malaysia kan. Tapi kena ingat ye, datang sini pastikan tepat pada waktunya untuk dapatkan views gunung yang cantik. Nurul tak ingat haritu tour guide kata pukul berapa. Hahaha. Berangan punya pasal. Langsung tak fokus.

Waktu kami sampai tu memang dah agak lambat. Maklumlah bila dah ramai-ramai kan. Tapi okay je. Alhamdulillah rezeki kami masa tu views gunung jelas sangat. Tak tutup dengan kabus lagi.



Lepas bergambar apa semua, terus masuk dekat kawasan desa dairy farm tu. Ibu abah pernah ke sana dulu. Katanya kena try susu dekat sana.

Dan sis pun cuba lah. Sumpah sedap sangat ! Penggemar susu wajib cuba. Susu tu sangat smooth dan entah la. Hahaha. Nurul rasa kalah susu yang ada dekat semenanjung. Lepas habis try susu, aiskrim dekat sana pun Nurul cuba. Duit melayang dekat makanan je banyak. Hahaha.



ARNAB VILLAGE

 
Destinasi kami diteruskan lagi ke Arnab Village. Bagi penggemar haiwan macam Nurul ni, korang wajib singgah sini tau. Banyak sangat arnab comel-comel ! Siap boleh datang dekat dengan kita lagi tu. Kalau budak-budak confirm suka.

Dekat sini korang boleh beli makanan arnab untuk bagi arnab tu. Cuma yang tambahan cenggini tak include dalam package ye. Sila guna duit sendiri ~ Hehehe.

Arnab dekat sini bukan yang biasa-biasa punya. First time lah Nurul rasa Nurul dapat tengok arnab segemok itu !



CAT VILLAGE



Cat village ni masih dekat area-area arnab village juga. Cuma korang perlu jalan sikit je untuk sampai ke sana. Daripada arnab village tu Nurul dah excited nak ke sini. Hahaha. Korang pun tahu kan kalau Nurul jumpa meow macam mana. Dekat rumah pun dapat gelaran mommy meow. :p

Dekat cat village ni korang akan jumpa macam-macam jenis kucing. Daripada jenis yang bulus kembang sampai lah yang spesies tak ada bulus. Semestinya sangat comel ! ^^



HAMSTER'S WORLD

 
Dah dok ulik meow, kita teruskan ke Hamster's World. Dekat sini korang akan jumpa daripada sekecil-kecil hamster sampai lah hamster yang besar. Dekat sini korang boleh beli makanan untuk diberi dekat hamster-hamster comel tu.



GRAPE'S FARM


Dekat sini korang boleh tengok buah anggur. Masa Nurul pergi tu buahnya tak banyak and memang kecil-kecil je. Tapi boleh lah dapat tengok penanaman buah anggur depan mata. :D



TAGAL FISH MASSAGE



Dah settle melawat tempat-tempat tadi, kitaorang terus ke Fish Massage. Fish massage ni pun sangat famous dekat Sabah tau. Kalau korang travel ke sini, wajib singgah ye.

Dekat sini korang kena juga celup kaki dalam air yang ada ikan gemuk-gemuk tu. Hahaha. First-first tu agak lah takut sebab ikan dia memang besar. Terfikir buatnya terasa dia gigit kaki tu tak sakit ke. Ada je benda yang difikirkan :p

Kena try tau ^^



LUNCH - RESTORAN SEJATI PORING

Kemudian, kami terus dibawa untuk makan tengahari di Restoran Sejati Poring. Restoran ni dekat je dengan area hot spring poring. Kejap lagi Nurul share apa yang ada dekat sana.



PORING HOT SPRING





Perut dah kenyang, masanya untuk bersantai. Hehehe. Poring hot spring ni pun salah satu tempat famous kalau korang ke Sabah. Kena pergi tau. Boleh santai-santai dengan keluarga dan kawan-kawan.

Dekat sini lengkap dengan tempat ganti baju dan juga surau.



CANOPY WALK



Sebelum kitaorang masuk dalam hot spring tu, tour guide kitaorang ada cakap kalau boleh cuba lah naik Canopy Walk. Canopy walk ni merupakan jambatan yang tergantung antara 4 batang pokok. Jambatan tu bukan jambatan besar macam jambatan tamparuli tu ye. Jambatan tamparuli tu stabil. Tapi yang ini bergoyang-goyang. Hahaha. Sebab ada 1 papan je untuk berjalan.

Nurul pun rasa macam menarik. Ye la kan, dah alang-alang kita ke sana, apa salahnya untuk kita mencuba. Nurul dengan yang lain pun decide la nak naik lepas rendam kaki tu.

Bayaran nak naik RM3 untuk seorang. Ada extra RM5 untuk sesiapa yang bawa handphone atau kamera. Total RM8 seorang. Berbaloi lagi la. Hehehe.


Ok, bila korang start tu, korang bukannya terus jumpa jambatan tu tau. Malah korang kena hiking dulu ! Hahaha. Time ni dah la Nurul dengan berselipar. Hiking pula tu. Tak pernah dibuat orang. Dah lah dengan tak cukup stamina. Semput weiii ! Hehehe.

Lepas hiking tu, akhirnya jumpa juga canopy walk tu. Dekat sini memang agak ramai pelancong yang nak cuba aktiviti ni. Jadi kita kena beratur la ye untuk tunggu giliran.

Dah settle canopy walk, nak turun tu senang je. Hahaha. Tak sepenat bila nak naik :p



SABAH TEA



Seharian menggunakan tenaga. Memang time ni masing-masing dah penat. Masuk je van, semua dah berdengkur. Hahaha. Nurul pun ikut sekali. Terus lena.

Lepas aktiviti ala-ala jungle tracking tu, kami dibawa untuk bersantai di Sabah Tea. Sampai je sini, terus bau wangian teh. Memang superb ! Hehehe. Disebabkan Nurul seorang penggemar teh, memang suka lah bila dapat bau teh. Lagi-lagi bila kita dah seharian penat kan.


Lepas dah penat berjalan, kami dibawa pulang ke hotel. Seriously penat untuk hari kedua ni. Hahaha. Balik je hotel, Nurul dah rasa macam nak demam. Dengan ubat tak standby. Nasib baik vitamin c tak lupa bawa. Lepas makan vitamin c, dinner dan terus rest. Memang tak larat apa da. Hahaha. Cuma berharap esoknya kebah je.


Okay, untuk story hari ketiga Nurul share dekat entry yang lain ye. Jangan lupa singgah ye ^^


>> COMPANY TRIP KOTA KINABALU & KUNDASANG PART 2 <<



Korang boleh survey servis Toyibbah Travel dekat sini :-

Facebook : https://web.facebook.com/toyibbahrentaltours/

Website : http://toyibbah.com/

Instagram : https://www.instagram.com/toyibbah_travel/


You May Also Like

10 Comments

  1. done follow. #15. nice post. memang akan dtg nk g Sabah tapi tak tau nak pergi mana. thanks share info.

    ReplyDelete
  2. Salam kenal. ray follow sini dah #17. hehe
    Sabah je ray x penah pegi setakat ni. cantiknyeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kannn.. hehehe.. lepas ni boleh la ray pergi travel sini ^^

      Delete
  3. best nye dapat join trip macam ni. kena masuk dlm list to travel nampak gayanya

    ReplyDelete
  4. cantik nye view kat Sabah.. nice sharing done follow sini #20

    ReplyDelete