TRIP FAMILY KE HATYAI THAILAND (PART 2) | Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah. Kita dah ke part 2. Hehehe. Planning Nurul ingatkan nak buat 1 entri je pasal jenjalan dekat Hatyai ni. Tapi macam panjang nau post tu and korang pun jadi bosan nak membaca kan. Elehhh ~ Macam lah Nurul tak tahu. Hehehe.


So, kita teruskan kepada part 2. Trip ke Hatyai ni Nurul rasa trip yang paling simple untuk kami ber-enam. Jadual perjalanan kami pun sangat sempoi dan tak rushing sangat. Paling penting dah jimat untuk tour guide. Hahaha. Mr.Boon memang bagi servis yang sangat tip top.

Walaupun Tuk Tuk beliau nampak usang, tapi muat untuk kami sekeluarga yang seramai 6 orang tu. Yang penting ada transport untuk kehulur-kehilir kan.




HARI 2 - 21 JANUARY 2019

Hari kedua ni masih berjalan dengan jayanya. Hahaha. Bila dah susun jadual perjalanan, mudah sangat travel budget korang sekeluarga tau. Tak perlu guna tour guide pun takpe. Yang penting kena study sikit pasal negara orang.

Kitaorang keluar daripada hotel dalam pukul 7.30 pagi untuk cari breakfast. Dekat sana walaupun baru pukul 6 pagi, dah cerah macam pukul 7 pagi tau. 7.30 pagi tu memang dah cerah sangat. Jadi kitaorang cari breakfast area hotel je.



BREAKFAST DI SULAIMAN RESTAURANT

Jalan kaki dalam 1 minit macam tu daripada Red Planet Hotel, korang akan nampak Sulaiman Restaurant yang korang boleh cari makan untuk breakfast. Dekat Malaysia ni macam mamak la. Kitaorang cuma order roti canai dengan air je. Tapi tu la, bagi Nurul memang agak mahal. Hehehe.

Tapi kalau korang nak try boleh je. Sulaiman Restaurant pun ada menyediakan makanan untuk tengahari dan malam.



BIG BEE GARDEN (TEMPAT BERGAMBAR YANG SANGAT COMEL)

Lepas daripada breakfast tu, kami menunggu Mr.Boon untuk pickup dekat hotel dalam pukul 10 pagi. Perjalanan kami diteruskan ke Big Bee Garden. Ramai sangat pelancong datang ke sini tau. Dekat sini korang boleh dapatkan madu yang segar-segar dan sedap ! Kitaorang siap try lagi madu tu.




Nurul siap grab 2 lipbalm yang diperbuat daripada madu. Hahaha. Sempat lagi tau. Lipbalm tu berharga 100 baht (RM12) dan sampai sekarang Nurul guna. Ternyata memang best dan sangat moist je bibir. Nurul memang ada masalah bibir kering. Guna lipbalm ni memang ok sangat-sangat.

Tapi tu la. Bila dah habis nanti, tak tahu mana nak dapat. Hahaha. Sebab lipbalm ni tak macam Nurul selalu beli dekat Malaysia. Serious memang lain sangat.


Lepas daripada cuci mata dalam kedai Big Bee Garden, kitaorang teruskan dengan aktiviti bergambar. Okay, dekat sini nak tangkap gambar memang sesuai sangat. Ada banyak figura yang comel-comel macam lebah, snow white dengan orang kerdil dan banyak lagi.

Kitaorang adik beradik lagi la menggedik. Hehehe. Bila tangkap gambar semua laju. Dekat sini pun korang akan nampak lebah yang berterbangan dengan gembiranya. First-first tu takut juga kut la lebah ni menyengat tiba-tiba. Tapi pekerja situ cakap kalau dia datang dekat kita, jangan pergi tepis sebab itu yang membuatkan lebah tu sengat kita.







SHOPPING DI RANU KOHYO

Lepas menggedik dengan lebah, kitaorang teruskan dengan aktiviti shopping ! Of course la kan. Hehehe. Kitaorang travel ke Hatyai pun memang untuk shopping. Dan Nurul semestinya untuk makan-makan. :p

Ranu Kohyo ni pun sangat famous dalam golongan pelancong Malaysia. Nurul pun ada baca review yang dah ke sana. Katanya memang best kalau nak shopping.



Dekat sini kitaorang banyak beli barangan makanan macam maggi, kekacang dan kudapan. Kenapa maggi? Hehehe. Maggi Thailand sedap weiii ! Terasa pedas dia memang kaw sangat. Kitaorang borong sampai berkotak dan berbekas. Hahaha. 

Kacang dan kudapan pula untuk diberi kepada ahli keluarga dan kawan-kawan. Fokus Nurul nak cari susu dalam bekas tu. Jenis bekas tiub tu. Dekat Malaysia agak mahal dalam RM4 cenggitu. Tapi dekat sana orang kata murah. Cuma Nurul tak jumpa dekat Ranu Kohyo.


Bila tak jumpa tu, mula lah pergi membeli benda lain. :p Peppero dekat sana pun murah tau ! 




PHOTOSHOOT DI 3D MAGIC MUSEUM HATYAI

Lepas dah berplastik-plastik kita shopping, kita teruskan perjalanan ke 3D Magic Museum. Alaaa, merata alam ada museum cenggini sekarang ni. Nak masuk kena bayar ye. 1 kepala dalam RM35 (korang convert la dalam baht sendiri :p)

Dekat sini kitaorang banyak tangkap gambar je. Macam-macam ragam. Hahaha. Dan kitaorang travel ke sana waktu weekdays, memang tak ramai dan boleh dikatakan kitaorang je dalam tu. Lagi la best nak bergambar kan ~ 

Cuma museum ni tak berapa nak besar sangat. 3D art pun tak berapa nak banyak. Tapi ok lah dengan harganya. Korang pun boleh beli tiket untuk show diaorang. Tapi Nurul tak beli sebab rasa macam tak ada keperluan je. Jadinya kitaorang beli tiket untuk museum sahaja. Dapat jimat dekat situ ^^








 








SOLAT JAMAK ZOHOR-ASAR DI MASJID SONGKHLA

Lepas dah penat, kitaorang terus ke Masjid Songkhla. Masjid yang terkenal dengan majlis nikah orang Malaysia. Hehehe. Mr.Boon ni bagus tau. Beliau akan alert dengan waktu solat kita dan cari tempat solat untuk kita. Jadi, waktu solat pun terjaga.

Masjid Songkhla ni tersangat lah besar dan cantik ! Nurul suka sangat dengan pemandangan masjid ni. Sangat-sangat luas. Boleh buat marathon lagi :p . Kawasan luar masjid ni kiranya macam ada kolam tau. Tapi bukan untuk mandi lah ye. Nurul tak sure apa function benda tu.



Kawasan solat dekat masjid ni of course la besar. Masjid sini tak gunakan karpet tau. Jenis yang tile mosaic tu je. Tapi bagi Nurul best. Sejuk je kan. 

Lepas solat tu kitaorang rehat kejap. Penat sangat bila seharian berjalan. Tapi yang penting best. Tengok la still tak serik walaupun kaki dah melecet. Hahaha. Nurul siap standby selipar in case dah tak tahan melecet tu. :p



GAJAH COMEL DI CHANG PUAK CAMP

Lepas settle solat, kitaorang terus ke Chang Puak Camp. Korang kalau travel ke Hatyai, perlu datang ke sini untuk tengok gajah comel. Hehehe. Comel apa gajah tu.

Tapi tu la. Nurul sejenis memang animals lovers. Jadinya Nurul masuk situ sayu sangat-sangat. Disebabkan gajah-gajah ni macam dijadikan hamba untuk tarik pelancong macam kita ni. Nurul memang tak naik gajah tu. Kesian. Siap dengan tukul tajam. Allahu. Memang Nurul tak nak masuk situ. Serious kesian sangat.




Kemudian Nurul teruskan perjalanan ke bahagian anak gajah pula. Anak gajah ni dirantai. Cuma bila kita nak bagi makan, pekerja situ akan lepaskan rantai tu dan biarkan anak gajah datang dekat kita. Nurul beli pisang yang dijual dekat situ 1 bakul 100 baht. Kira ni saja-saja je. ^^

Lepas beli tu kita pun bagi lah anak gajah makan. Laju giler diaorang makan. Hahaha. Comel sangat ! Dengan mata dia tu. Sampai sekarang Nurul ingat.

Bukan setakat gajah je ada dekat situ. Siap ada kambing lagi tau. Hahaha. Kambing situ pun comel-comel. Memang Nurul have fun sangat dekat sini.





PERTAMA KALI NAIK CABLE CAR HATYAI CITY

Dan ini pun paling part yang Nurul excited. Kitaorang terus ke cable car Hatyai City untuk pertama kalinya naik cable car. Hehehe. Untuk naik ke atas, korang akan naik bas open tau. Bas ni akan bawa kita naik ke atas. Untuk naik bas ni pun kena bayar. Nurul tak ingat berapa baht tapi murah je.

Paling tak suka sangat naik bas ni sebab gayat weiii. Bas dah la besar. Lepas tu jenis open. Memang kita nampak jalan. Jalan pula dengan berbukit dan selekoh tajam. Memang mengucap je sepanjang perjalanan. Hahaha. Takut !




Tapi lepas dah naik tu korang akan rasa lega sangat. Daripada atas korang akan nampak permandangan bandar Hatyai. 

Kitaorang terus beli tiket cable car. Harga tiket 1 kepala 200 baht. Dekat sini kitaorang pejam mata je bayar tiket tu. Hahaha. Sebab nak merasa naik. Memandangkan kitaorang pergi sana hari weekdays, jadi macam tak ada orang je dekat situ. Yang ada pun warga tempatan.

Kenapa warga tempatan yang ramai ke situ? Ok, lepas korang naik cable car tu, dekat atas sana merupakan tempat kaum Buddha sembahyang. Tapi boleh je datang melawat. Cuma jalan-jalan dan cuci mata dekat kedai souvenier situ. Dekat atas nanti pun korang akan jumpa gajah kepala tiga. ^^

Tak apa, kita pun boleh belajar adat resam kaum lain.



Lepas turun daripada cable car tu, kitaorang ada masa lagi untuk jenjalan. Jadinya kitaorang berjalan je area situ. Kitaorang sempat la masuk dalam kawasan tempat beribadah diaorang. Siap dengan loceng-loceng. Hehehe. Kawasan memang cantik.

Tapi Nurul agak seram dengan bunyian loceng tu. :p


Waktu pun dah petang. Kitaorang pun dah terlalu penat. Mana taknya, daripada pagi sampai ke petang berjalan aje. Hahaha. So, perjalanan kita hari tu pun dah habis. Sebab kitaorang save untuk hari seterusnya.

Kitaorang decide untuk balik hotel dan berehat je. Esok pagi baru pergi berjalan balik. 



Makanan semua ibu abah tapau waktu malam. Nurul dengan adik-adik malas nak ikut. Hahaha. Terlampau penat dan tak larat. Kaki Nurul waktu tu pun dah melecet teruk. Last-last tertidur pukul 8 malam. Punya lah cepat aku tidur malam tu. :D

Kita sambung ke part 3 nanti ye ~