TRIP KELUARGA KE HATYAI THAILAND (PART 1) | Assalammualaikum wbt. 

Good news untuk Nurul ! Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga set up domain sendiri dengan jayanya. Domain kalini Nurul purchase hanya RM45 sahaja. Berbanding dengan domain lama berharga RM55 yang mungkin pejam mata juga la nak renew every year. Hehehe. Bila dah berjimat, macam ni gayanya. Semuanya kena catu.

Sekarang Nurul nak story sikit pasal itenarary travel Nurul. First time bercuti ke luar negara bersama keluarga. Satu nikmat yang Allah kurniakan yang entah macam mana Nurul nak cakap. Memang bersyukur sangat dapat peluang ke luar negara walaupun dekat.

Hehehe. Tak apa lah. Asalkan luar negara juga kan.


Sebenarnya lama sangat dah posting ni Nurul jadikan pekasam. Hahaha. Hari ni baru berpeluang nak habiskan dan baru je part 1 hokayyy ~ Nanti kita update part seterusnya.




HARI 1 - 20 JANUARY 2019

Itenarary Nurul dimulakan dengan perlepasan menaiki kapal terbang Air Asia daripada Kuala Lumpur ke Hatyai. Haaaa. Sebelum tu. Pastikan korang sediakan segala keperluan dokumen nak ke sana macam tiket kapal terbang dan passport. 

Nurul dapat beli tiket kapal terbang pada waktu promo. Time tu memang on the spot booking. Kalau tidak, memang melepas lah dan tak tahu bila akan ke sana. Ni dah ada peluang, kita teruskan je. Passport pula Nurul siapkan sebulan sebelum berlepas di Putrajaya. Harga passport masa Nurul buat tu RM200 untuk jangka masa 5 tahun. Tapi tak tahu la akan datang macam mana. Dan nak ke Hatyai tidak memerlukan VISA ye. Hanya passport dan tiket kapal terbang je.



Nurul dan keluarga ke Hatyai Thailand selama 5 hari. Tudiaaa ~ Orang lain pergi Hatyai cuma 3 hari je. Kita sampai 5 hari haaa. Hahaha. Bukan selalu pun kan. Dah alang-alang kita cuti la lama sikit. Baru puas hati dan ada banyak masa untuk meneroka ke negara orang.

Perlepasan kami sekeluarga pada belah petang. Nurul tak ingat sangat waktu tu pukul berapa. Tapi anggaran dalam pukul 2-3pm cenggitu la. Ambil flight petang sebab tu je yang murah. Jadinya sehari kita dah habis masa dekat atas flight je. Perjalanan ke Hatyai menaiki kapal terbang ambil masa dalam 1 jam 15 minit sahaja.


Okay, sebelum korang naik kapal terbang, pastikan korang sediakan 1 batang pen dalam beg. Sebab dalam flight nanti pramugara dan pramugari akan bagi 1 borang untuk korang isi. Borang ni akan digunakan masa korang sampai dekat Hatyai nanti. Pastikan isi maklumat dalam borang tu dengan tepat dan lengkap ye.

Haritu kami tak bawa pun pen. Ibu memang standby la pen. Tapi kami ber-enam. Bayangkan ambil masa untuk isi borang tu. Hahaha. Sebab tak tahu pun kena isi borang tu.


Lepas sampai ke airport Hatyai, kami dikehendaki beratur panjanggggggg untuk cop passport dan borang tu. Hahaha. Kita dah la tengah penat. Keluar-keluar je terus kena beratur panjang macam tu. Agak stress tapi kami teruskan juga.




PROSES BELI SIMCARD

Lepas dah settle cop passport apa semua, kami terus beli simcard Thailand. Kalau korang turun daripada airport tu, keluar je daripada airport dan sebelah kiri korang ada satu booth kecil yang jual simcard. Haaaa, beli dekat situ terus. Senang. Nurul dengan keluarga beli 3 simcard dan kami share-share je. 

Tak boleh wooo kalau tak ada internet. Hahaha. Lagi-lagi masa kita travel kan. Harga simcard tu murah aje. Nurul beli pakej unlimited internet dan unlimted call ke mana-mana sahaja berharga 100 baht (RM12). Internet Thailand tak payah lah cakap. Memang puas hati sangat-sangat. Laju giler internet diaorang tau. Nurul bantai tengok movie pun tak buffering. Hehehe. Plan data ni valid selama 7 hari.


Lepas beli simcard, kami pun tunggu Tuk Tuk ambil untuk bawa ke hotel. Pengangkutan utama dekat sana dan murah adalah Tuk Tuk. Best sangat. Korang ke sana memang kena cuba naik tuk tuk. Kitaorang ke Hatyai tak pakai tour guide. Main redah je. Hahaha.

Pemandu tuk tuk kami tu lah yang jadi tour guide kami. Mr. Boon ni memang peramah sangat dan pandai speaking. Korang tak perlu risau nak berkomunikasi dengan beliau. Beliau akan tunjuk dekat kita semua tempat yang kita boleh pergi dengan harga yang sangat murah !!! Nanti Nurul story dekat part lain ye.

Kemudian kami terus lah ke hotel. Badan dah penat sangat dan masa tu pun dah nak maghrib. Kami bermalam di Red Planet Hotel. 



DRAMA DI RED PLANET HOTEL

Haaaa. Drama apa? Hahaha. Paling kami sekeluarga ambil iktibar sangat. Kami memang booking 1 bilik je. Sebab dah selalu buat macam tu dekat Malaysia dan nak jimat. 1 bilik tu pun bilik yang biasa. Bukan family room ye.

Tup tup kitaorang tak boleh check in lagi sebab masalah bilik hotel. Pihak hotel tak benarkan kami check in dan diminta untuk book bilik yang lain. Jadinya over budget sikit untuk bahagian hotel. Tapi tak apa la. Semasa check in, pihak hotel akan minta passport korang sebagai rujukan. Sama dekat Malaysia lah. Dekat Malaysia minta ic kan.


Bilik ibu, abah dan wafiq aiman.



Bilik Nurul, Angah dan Fatin.


Nurul dengan keluarga puas hati sangat-sangat dengan keadaan hotel tu. Bilik yang sangat luas dan selesa untuk 3 orang. Bilik dia pun nampak kemas dan sangat bersih tau. Hotel ni adik Nurul yang booking kan dekat Agoda. Masa ni pun tengah promo.

Memang rezeki sungguh kami dapat yang promo. Hehehe.


Lepas maghrib, Mr. Boon pun dah menunggu kami untuk ke destinasi seterusnya. Plan awal kitaorang nak pergi Floating Market yang digempar-gempurkan orang ramai tu. Tapi disebabkan kitaorang pun dah sampai malam, Mr.Boon tak recommend untuk kitaorang pergi sana. Makanan dah sikit and tak best. Sebab Floating Market ni tutup awal dan hanya buka pada hari Jumaat-Ahad sahaja.

Jadi, kitaorang tak sempat singgah ke sana. Tak apa lah. Next time kita pergi. (ada hati nak pergi lagi tu :p)




SHOPPING-SHOPPING DI ASEAN NIGHT BAZAAR

Lepas tak jadi ke Floating Market, kami teruskan ke destinasi Asean Night Bazaar. Kiranya dekat Malaysia pasar malam la. Hehehe. Sama je istilah nya. Dekat sini dikenali sebagai syurga makanan ye anak-anak semua. Nurul lah paling excited jumpa makanan dekat situ.

Dan jangan risau, makanan dekat sini memang halal dan penjual dekat sini boleh cakap melayu. Jadi tak ada masalah komunikasi dekat sini.

Nurul siap bungkus 2 bekas mangga pulut tu tauu ! Hahaha. Makanan favourite Nurul dekat sana. Mangga nya pun sangat-sangat manis. Santan dia pun memang secukup rasa. Ada banyak lagi kitaorang makan dekat sana. Total makan pada malam tu je pun dah cecah 1000 baht (RM100+). Hahaha. Sebab variati makanan yang terlampau banyak.

Kalau korang ke sana, jangan lupa makan kerabu kaki ayam dan sotong tau. Fuhhh ! Memang marveles la. Dengan kepedasan dia tu. Serious bagi Nurul sangat sedap. Makan dengan nasi putih pun dah buka selera kita.


Lepas kenyangkan perut masing-masing, kitaorang teruskan dengan aktiviti bershopping. Apa lagi kan. Shopping lah kita. Hehehe. Dekat sini Nurul tak shopping sangat sebab tak berapa nak menarik perhatian.

Tapi kalau nak beli seluar jeans atau slack lelaki, Nurul recommend korang beli dekat sini. Kualiti kain yang sangat cantik dan selesa. Nurul tengok adik dengan abah pakai pun cantik je cutting seluar tu. Dan of course la murah. Tak silap Nurul harga seluar tu dalam RM30+.


Yang banyak shopping dekat sini abah dengan wafiq aiman je. Hehehe. Kitaorang yang gegirls ni cuci mata aje. Dan makan ! Serious, dekat sini pilihan makanan dia memang banyak dan serious akan puas hati.

Berakhirnya jalan-jalan kita pada hari tersebut. Kitaorang bertapa dekat sana sampai malam hokayyy ~ Hahaha. Pukul 10 baru Mr.Boon ambil dan bawa ke hotel. Time to rest ~ Bila dekat sana rasa masa tu lambat sangat berlalu. ^^



BENDA PENTING KORANG KENA TAKE NOTE

1. Pastikan korang booking tiket flight pada waktu promo. Bila dah promo tu terus beli. Jangan dok tunggu lagi sebab memang akan sold out.

2. Booking hotel dekat Agoda atau mana-mana yang korang lebih selesa sebab lebih murah.

3. Kalau nak booking 1 family 1 bilik, booking terus family room. Kalau tidak, 1 bilik biasa cuma untuk 2 orang sahaja.

4. Passport.

5. Kalau korang tak nak ambil tour guide, pastikan buat itenarary siap-siap. Rancang perjalanan korang. Google je dekat google maps tu. Siap dengan berapa lama perjalanan pun ada.

6. Korang boleh booking tuk tuk dengan Mr.Boon dan beliau boleh jadi tour guide korang dengan harga yang berpatutan. (Mr.Boon 0066864833533) - Pastikan korang letak code Thailand ye. Hanya call dan message sahaja.

7. Study sikit pasal waktu dan hari urusniaga kedai makan dan bazaar dekat sana.

8. Pen jangan lupa bawa !


Bersambung ke part 2 yang agak lambat untuk diupdate. Tunggu ye ^^