RINDU NAK COMEBACK BERSAMA BLOG | Assalammualaikum wbt.


Allahu. Sekian lama Nurul tinggalkan zaman blog. Blog yang lama pun sudah dihapuskan disebabkan beberapa perkara. Blog baru ni pula baru je nak bangun balik. Hahaha.

Dulu memang Nurul jadikan platform blog sebagai medan pencarian rezeki Nurul. Disebabkan Nurul sangat-sangat busy dengan tanggungjawab yang sedia ada dan selalu sangat demam bila terlampau stress, terpaksa Nurul lupakan hasrat untuk meneruskan pencarian rezeki bersama blog. Mungkin belum masanya.

Kalau dah sakit, apa pun tak boleh buat kan. Jadinya Nurul ambil keputusan untuk fokus kepada kerja, belajar dan bisnes kecil-kecilan Nurul. 


Suka sangat tengok ramai blogger yang dah semakin maju. Alhamdulillah. Good luck tau. Buat sampai korang berjaya. Nurul tengok dari jauh ni ! Hehehe.

Okay, sebenarnya Nurul rindu sangat nak kembali sharing ilmu yang mungkin bermanfaat untuk korang dekat blog baru ni. In Sha Allah, Nurul akan start balik dalam masa terdekat. Nak draft dulu. Hehehe. 

First of all Nurul nak beli domain. Mungkin domain yang murah-murah je. Korang recommendkan Nurul beli domain dekat mana ye? Yang mudah Nurul handle sendiri dan mudah untuk contact company tersebut kalau berlaku apa-apa yang tak diingini. Suggestkan please ~ ^^

Nanti Nurul story-story lagi ye. Tengah excited nak rangka story travel pergi Hatyai haritu. Kemain tauuu ! Pergi bulan January. Tapi baru sekarang sempat nak menelaah laptop merah ni :p