MENCARI REZEKI BERSAMA COSMODERM SELAMA SETAHUN


Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah, siap semua setup untuk blog baru Nurul ni. Baru lah ada kesempatan nak update. Hahaha. Baru terhegeh-hegeh nak update blog. Alahai. Berkurun weii blog ni tergendala. Dengan segala macam rintangannya. Akhirnya boleh lah Nurul spend masa sekejap untuk update bagi perkongsian untuk semua.


Perkongsian kalini bertujuan untuk menyedarkan Nurul bahawa dah setahun Nurul jadi agent sah Cosmoderm. Hahaha. Ayat kemain lagi. Alhamdulillah. Nurul berkesempatan dan Allah bagi Nurul peluang untuk cari duit sikit dengan jadikan cosmoderm sebagai medan Nurul mencari rezeki.




Sebagai anak muda yang membesar, banyak sangat rintangan untuk kita tau sebenarnya. Bukan lah rintangan sangat pun. Tapi lebih kepada cabaran. Yes, gaji Nurul sekarang pun tak sampai bersih RM2k lagi. Nak hidup zaman sekarang gaji bawah RM2k tu apa je lah yang cukup. 

Dengan perbelanjaan harian, bulanan malah dengan kos pembelajaran lagi. Kalau ikutkan akhir bulan tu memang ikat perut.


Ada hikmahnya kenapa Allah bagi peluang dekat Nurul untuk cuba terjun dalam bidang bisnes. Walaupun tak seberapa, tapi cukup lah untuk isi minyak, shopping, makan sedap-sedap, jenjalan. Hahaha. Melampau ! Tapi itu lah satu kepuasan yang Nurul dapat lepas kerah tenaga buat semua tu.



Pernah rasa nak giveup?

Hahaha. Banyak kali ! Yes, memang banyak kali. Mungkin sebab penat. Maklumlah, dengan kerja, belajar dan rutin harian yang lain. Sangat membuatkan Nurul letih dan otak Nurul pun kadang rasa blur sesangat. Tapi semua tu bukan alasan untuk Nurul berhenti.

Bila start perangai mengada Nurul tu, Nurul ambil keputusan untuk rest sekejap. Bukan stop. Ingat, untuk korang pun, kalau rasa penat ke apa, jangan giveup macam tu je. Stop and rest sekejap. Allah tengah uji sejauh mana semangat korang tu. Jangan hangat-hangat taik ayam ye.


Jadi, pada sesiapa yang berminat nak join untuk jadi dropship atau agent cosmoderm, korang boleh roger-roger Nurul ye. In Sha Allah, Nurul akan bantu korang untuk cari duit tepi. Tapi pastikan diri dan mental korang dah ready ye. Nurul boleh tunjuk ajar. Tapi kalau korang tak nak buat, memang Nurul tak boleh buat apa la ye.