SEMESTER 2 BERAKHIR DENGAN JAYANYA | Assalammualaikum wbt. 

Sekian lama Nurul tak update blog kesayangan ni. Hahaha. Allahu, memang jadual yang pack sangat bersama masa yang dicari untuk update blog ni. Rindu nak menulis sebenarnya. Hehehe.


Alhamdulillah. Semalam hari Rabu, 19 December 2019 Nurul telah tamatkan semester 2 dengan jayanya. Walaupun exam semalam susah giler ! Hahaha. Sampai renyuk-renyuk kertas exam Nurul buat sebab geram tak dapat jawab. Soalan yang complicated sampaikan kita tak sangka soalan macam tu yang ditanya.

Tapi semua tu lumrah kan. Ada exam yang susah dan ada yang senang. Kita cuma usaha mana yang termampu. Yang lain kita redha dan serahkan segalanya kepada Allah SWT.


So, sekarang kita tinggal tunggu result je la ye. Hehehe. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Sebenarnya tak yakin sangat nak dapat pointer lebih dari 3.80 semester ni sebab macam susah je. Tapi tak apa, kita dah cuba kan. ^^

Semester 3 akan bermula tak lama lagi. January 2019. Fuhhhh ! Dah masuk tahun baru rupanya. Sekejap je masa berlalu kan. Masih sempat kita nak kejar apa yang belum dicapai tu. Kalau tak sempat, sambung buat tahun 2019 pulak. Macam kurus ni haaaaaa. Hahaha. :p