CARA POS PARCEL MENGGUNAKAN EASY PARCEL

by - August 08, 2018

CARA POS PARCEL MENGGUNAKAN EASY PARCEL | Assalammualaikum wbt, Subhanallah. Lama sangat blog kesayangan ni tergendala. Memang tak dan nak update blog sedangkan laptop tu sentiasa je terbuka. Hahaha. Actually tak ada idea pun nak update apa. Jadi, memang bersawang lah blog ni.

Tapi hari ni Nurul nak share dengan korang macam mana nak pos parcel guna easy parcel. Ada yang tanya dekat Nurul macam mana nak daftar dan proses key in details customer apa semua. Takpe-takpe. Jangan pening-pening lagi k. Nurul akan terangkan semuanya dekat sini.

Kalau tak faham, tanya aje ye ^^


Daripada umur Nurul 18 tahun dah berjinak-jinak dengan perniagaan. Tapi dulu sekadar suka-suka je. Hehehe. Maklumlah, nak cari duit poket lebih sikit memandangkan time kolej banyak masa yang terluang. Apa salahnya kita gunakan sebaik mungkin kan.

Okay, dulu Nurul memang guna pos laju manual je. Alaaa, yang pakai consignment note tulis pakai tangan tu. Lepas tu nak pos kena ambil nombor bagai. Kalau ramai, memang berjanggut lah korang tunggu situ. Hahaha. Benda yang Nurul menyampah juga la.

Tapi dulu abah je yang poskan. Jadi, kita tak merasa lah sangat penat tu. Sebab duduk asrama kan. Tak dan nak pergi pos apa semua. Tapi bila dah kerja ni dan gunakan sistem manual, memang penat ! Sebab Nurul akan pos parcel time lunch atau lepas habis office hour. Memang penat. Hahaha. Ada sekali tu sampai pukul 7 dekat pos laju disebabkan ramai yakmatt !

Tapi ........


Sekarang tak lagi. Hahaha. Suka giler ! Semua ni berkat guna easy parcel. Dulu memang nampak je pasal easy parcel. Tapi entah lah tak terbuka hati lagi nak guna. 

Alhamdulillah, lepas guna sistem easy parcel ni, memang mudah sangat-sangat. Tak payah nak beratur bagai. Tapi, korang jangan masuk sistem waktu pagi ye. Hahaha. Memang slow yakmat. Dok loading je padahal connection laju je. Pastikan malam sebelum tidur tu korang key in details ye.

So, jom kita teruskan dengan cara nak guna easy parcel ^^


1. Korang pergi ke web https://easyparcel.my/ dan klik SIGN UP



2. Isi maklumat yang diperlukan.



3. Kemudian, lepas korang sign up tu, korang akan dapat 25 credits free. Apa benda credits tu? Hehehe. Kejap-kejap Nurul terangkan ye. Tapi lepas sign up tu, korang akan di bawa ke page ni.


Maklumat yang korang perlu take note :-

MY CREDITS = Ini merupakan duit yang korang kena ada untuk harga postage. Selalunya kalau pergi kaunter, kita bayar cash kan. Okay, easy parcel guna istilah credits. Korang boleh topup berapa yang korang nak.

Minimum RM100 ye. Kalau nak topup lebih pun boleh. Jadi, harga postage akan tolak daripada credits korang.


Okayy. Itu cara korang nak sign up dan sign in je macam biasa. Dan pastikan take note pasal credits ye. Kalau credits tu tak cukup, makanya memang korang tak dapat pos parcel korang. Umpama duit kita tak cukup. Jadi, sila topup. Hehehe.

Jom kita teruskan cara macam mana nak key in details customer dan sistem pos. ^^


CARA POS PARCEL GUNA EASY PARCEL

1. Korang kena tengok mana tempat yang korang nak pos. Sila isi :-

  • From = negeri tempat korang
  • Postcode = poskod negeri korang
  • To = negeri tempat yang korang nak pos
  • Postcode = poskod negeri customer korang
  • Berat = isikan berat parcel korang. Korang boleh guna mana-mana penimbang

Lepas dah settle isi details tu, klik QUOTE & BOOK !


2. Pilih courier pilihan korang.




3. Lepas dah pilih courier yang korang nak, klik Book Now . Biasanya Nurul selalu guna pos laju dengan nationwide je. Dekat hujung sekali tu ada nyatakan berapa postage yang korang kena guna dari credits tu ye.


Nanti korang akan jumpa page macam ni. Details penting yang korang kena isi :-

1. Parcel content : letak lah apa yang ada dalam tu. Nak tipu pun boleh aje. Hehehe. Sebab bahaya kan letak apa yang ada dalam parcel tu.

2. Value of content (RM) : Ini pun korang kena letak juga. Harga barang dalam parcel tu.

3. Isi semua maklumat customer. Pastikan betul ye.


4. Kemudian, korang boleh pilih sama ada nak suruh courier tu pickup dekat tempat korang ataupun korang pergi drop off je. Kalau macam korang ada dekat rumah, boleh lah suruh pickup. Tapi Nurul selalu pergi drop off je sebab pos laju dengan nationwide dekat je.

Tapi macam mana? Haaaa. Ikut step ni betul-betul ye.


Korang tick box I would like to drop-off my parcel

Kemudian, korang tick dekat Poslaju National Courier branches tu.


Kemudian keluar macam ni. Dekat bahagian ni korang kena pilih branch mana yang korang nak drop off. Ni drop off je ye.

5. Dah settle semua tu, korang boleh ke next step.

Tick box tu dan klik Next Step


6. Kita ke bahagian payment pula ye.


Dekat sini korang tick box yang Nurul tick tu. Menandakan itu parcel yang korang nak pos. Kemudian, Klik Check Out.


Dekat sini pastikan credits korang cukup ye. Kalau tak cukup, sila top up dulu. Then korang klik Pay With Credit Now


7. Hokayyy. Settle bahagian payment. Sekarang korang dah boleh print consignment korang.

Klik Print Now & Ok !


8. Siap ! Hehehe. Korang print dan letak dekat plastik pos tu je ye. Then boleh la pergi drop off dekat branch yang korang pilih tadi. Atau tunggu je pihak courier datang pickup ^^


Ini lah dia consignment note yang korang akan print nanti. Ada 2 bahagian :-

Centre Copy = bagi dekat pihak courier

Receiver Copy = letak dekat plastik pos


So, itu lah dia cara untuk korang pos parcel guna pos laju. Haaa. Lupa nak bagitahu. Untuk drop off ni depends on branch yang korang pergi tau. Macam Nurul, Nurul drop off dekat branch puchong, Nurul kena pergi gudang dia je untuk pos. Atau kaunter je terus drop. Mudah tak payah ambil nombor dan beratur. Hehehe. Tu yang Nurul nak sebenarnya.

Dan ada branch yang still kena ambil nombor dan tunggu tau. Macam pos biasa. Jadi, korang kena try and error juga la. Kalau malas nak beratur, suruh je pihak courier pick up. Senang ^^

Kalau korang tak faham juga, boleh je tanya Nurul ye. In Sha Allah, Nurul akan bantu. Sistem ni paling mudah untuk Nurul. Mungkin ada sistem lain juga yang korang pernah guna. Share-share la ehhh. Hehehe. Mana tahu Nurul boleh guna jugak.


You May Also Like

55 Comments

  1. waaa.. menarik ni.. good info.. tapi kalau poslaju x terima barang jenis cecair kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul pos skincare.. dalam tu ada cecair.. dan pos laju masih terima..

      Delete
  2. penerangan yg jelas dan menarik.. mmg sesuai utk rujukan pembaca yg nakkan info

    ReplyDelete
  3. Wah lebih mudah denga easy parcel. Btw thanks for info.

    ReplyDelete
  4. awak, kalau ada banyak customers yg kita nal hantar kpd ...camne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hantar macam biasa.. nak guna bulk order pun boleh..

      Delete
  5. Wowww! Mudahnya!! Convenient sangat untuk kita yang sibuk.

    Tak pernah try sebab takut nak cuba. Thanks Nurul sebab share. Boleh cuba lah lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. jangan takut untuk mencuba ye.. sebab memang mudah dengan easy parcel :D

      Delete
  6. Easy parcel ni Kita boleh guna plastik hitam ke nk balut dia???

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehhh.. takde masalah.. plastik apa pun boleh asalkan barang secure :)

      Delete
  7. Hi. Nak tanya . Consignment note tu kita tampal lah dekat plastik tu ? Guna salotape? Tak kisah ke plastik macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye.. guna plastik pos yang ada poket ye.. jangan guna salotape gitu je.. apa2 plastik pun boleh asalkan ada poket..

      Delete
  8. satu barang pun boleh kan dtg pick up.. kalau nk drop off.. mmg kite terus letak jek ke? xpayah buat pape dh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. 1 barang pun boleh je pickup.. and drop off tengok tempat jugak.. kadang kena cop borang.. apa-apa pun try survey ^^

      Delete
  9. Berapa minimum parcel utk kita pos? Kene lebih dari 3 ke baru boleh book?

    ReplyDelete
  10. Hai.. Nak tya. Andaikata sy kat kl. Kedai kat kedah staff yg jaga. Bila nak isi detail pos sume tu, sy isi dari kl je. Then print staff kat kedah yg printkan. Boleh ke? Or mmg staff kena bukak website easy parcel sy tu kat sana utk print.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. awak boleh isi dekat KL.. dan staff boleh print dekat kedai.. :)

      Delete
  11. hi. nk print awb tu boleh print kat thermal printer or A4 printer sahaja?

    ReplyDelete
  12. Sis. Boleh bg 1 ctg awb x? Nk cuba print kt thermal printer kot boleh resize sbb sy xde a4 printer. Email bielabiela_wchik91@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. biela_wchik91@yahoo.com

    ReplyDelete
  14. Kirenya kene ada printer la ya easy parcel ni?kt rumah xde printer..

    ReplyDelete
  15. Salam haiii good info. ..Yg kain dh faham ..Yg tanda tanya sekarang .sampul untuk pos macamane ye shirah ? Kalau guna flyers poslaju xpe ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. hi.. yes, boleh guna sampul apa pun :)

      Delete
  16. Salam shirah. .Mcmne dengan plastik sampul ..Kalau guna flyers pos laju boleh ke ..Sbb bnyk beli. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. boleh guna sampul flyers apa pun juga :)

      Delete
  17. Kalau nak suruh datang pickup ada kena isi borang apa2 ke?

    ReplyDelete
  18. hi sis nk tanya saya duduk kg dan guna easyparcel pertama kali dan guna drop off kerani pos suruh isi borang memang tiap kli drop off kena isi ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. yes, tengok tempat jugak. ada tempat yang tak perlu isi.

      Delete
  19. Hai. Nak tanya hihi. Kalau drop off kat ezibox boleh tak ?untuk centre copy tu macam mana nak bagi pihak courier kalau kita drop off

    ReplyDelete
    Replies
    1. ezibox tak boleh. kena dekat pos laju yang ada kaunter.

      Delete
  20. Assalamualaikum, aida first time baru nak guna easyparcel. mcm awb tu print dekat kedai cc boleh ke? Sbb dekat rumah memg xde printer

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam. yes, boleh. masukkan dalam pendrive dulu pun takpe. dekat cc boleh terus print.

      Delete
  21. Assalamualaikum, aida first time baru nak guna easyparcel. mcm awb tu print dekat kedai cc boleh ke? Sbb dekat rumah memg xde printer

    ReplyDelete
  22. Hai. Sorry sis nk tnya. Consignment note tu 1 ltk dlm plastik kan, 1 lg bg courier centre? Maksudnya? Both kena ltk kt pos laju la?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi. yes, both letak dekat pos laju. then kita print untuk copy kita je. tapi boleh je tengok dalam sistem ^^

      Delete
  23. Hi nk tnya, kat mana ye boleh dptkn parcel dia sendiri yg warna pink tu? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli dekat website easyparcel. tapi mahal sikit la daripada kita beli je plastik pos laju tu dekat shopee..

      Delete
  24. assalamualaikum sis,barang kita dah siap balut bubble wrap tapi tiada kotak.Plastik dia akan bawakan time pick up ke?satu parcel sahaja dan 1st time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. plastik hanya kita guna kita punya sendiri. awak boleh je beli bundle dekat shopee. murah..

      Delete
  25. Terima kasih Nurul. Syaza mencari info cara nak guna easyparcel. Kalau sampul tu macam mana ek? Kena beli sendiri la ya. Btw alang2 tu syaza follow blog Nurul 😊 follower #34. Salam kenal xoxo πŸ’‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Syaza. yes, sampul tu kita sendiri. Syaza beli dekat shopee je. Murah and boleh dapat banyak. Sampul kosong pun boleh.

      Delete
  26. Saya dah siap wrap barang dan print awb. dan sepatutnya harini poslaju pickup. Tapi sekarang tak dapat call dari pihak sana. So macam mana ya? First time gunaπŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul tak pernah gunakan untuk pickup. selalu drop off je. jika tak pickup, selalunya dekat kawasan situ takde servis pickup.

      Delete
  27. Hii! Boleh tak nak tanya, contoh saya pilih Pigeon Courier RM5.90 kan, pastu saya dah bayar guna credit dalam Easyparcel tu, dah tinggal nak print je & tunggu pick up. Jadi, saya nak tanya, ada lagi ke yg saya perlu bayar eh? Cam contoh, masa org tu pick up nanti, ada lagi ke dia akan minta bayar apa2? Ataupun masa awak drop off tu, ada lagi kena bayar apa2 tak? Tq!!

    ReplyDelete